Tuesday, June 18, 2013

June 2013


8th June: MA+ Bowling Championship



14th June: KJK Showcase


15&16 June: Niza & Epi weeding



22-30 June: Im going to SEOUL!!!! ;)
Sekian...
Peace (*^﹏^*)



Saturday, June 1, 2013

May 2013 Konsert

18 May 2013 - TVXQ Catch Me Live World Tour in KL

  
**TVXQ dianggotai Max Changmin(kiri) & U-know Yunho(kanan)

23-24 May 2013 - Kpop Dream konser at Genting Highlang. *Berkonsert & berstalk artis..heheh*
 
Performer: BTOB, SISTAR, 4Minute, GNa & Brown Eyed Girls
 


P/s: Tix dpt from era & hotfm ツ. Kalu tix kna beli sendiri mmg x pegi konsert la jawabnye. Mahal dowh..heks
  

c u when i c u again~~
peaceV

Monday, May 13, 2013

Aktiviti Wayang

Hallu hallu....
Nak Cerita sket jea...
Minggu lepas saya dapat tengok  premiere screening 3 wayang...
Hihi... thanx to Red FM for the tix
1)8.8.91 : Cite hantu Thailand...sorry to say,X takut pun & X sabar nk tunygu cite ni abis.
2)Hummingbird : Sorry to say gak.. Saya x brape nak faham dengan jalan cite ni... hihi
3)Star Trek: Fallen into Darkness.. Ha... yang ni memang best. Siap dapat tengok 3D Iagi. :)
Sila tanya uncle google sendiri la ek sinopsis cite2 terse but :p

Ok... tu je nk gtau....


Bye!



p/s: frust konsert Asia Super Showcase 2013 canceled!



Thursday, May 9, 2013

Lalalala~~

Test test 1 2 3 4 (sambil lagu leehi 1234 terngiang dalam kepala)

Hmmm..da 2 taun++ blog ni terabai...

Jupe lagi kalau rajin.

Tata
Titi
Tutu
Peace!ツ

Friday, September 16, 2011

Salam Aidilfitri Salam Merdeka Salam Hari Malaysia

Salam Salam Salam Maaf Zahir Batin Salam 1 Malaysia & Merdeka!(7x)

Huhu~~ye, raya sudah separuh bulan,tp stil bulan raya kan, jadi tak salah nak wish Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin walopon mood raya da hampir pupus untuk taun ini.. lagu raya pilihan taun ni, Dendang Perantau. Sebabnya,nyaris2 hampir tak dapat cuti raya ari tu, naseb baik last minute dapat gak cuti walopon sampai raya ke2 je.Raya ke3 da keje terkontang kanitng membanting tulang.(Tq to my buddy yang sanggup bekerja dikala muslimin muslimat beraya sakan) :D Taun ni macam tak meriah dengan jemputan open house :(

Merdeka pon da lepas, tapi nk wish secara jamak takkhir dengan Hari Malaysia (di saat menaip entry ini kedengaran dentuman2 bunga api :) menandakan detik 12am 16 Sep sudah menjelma)
Selamat Hari Merdeka
&
Selamat Hari Malaysia!
(Jom nyanyi lagu Negaraku! Lepas tu sambung lagu 1 Malaysia-Malaysia 1 by Faizal Tahir)

Lagu: Malaysia Satu
Penyanyi: Faizal Tahir

Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju
Terus ke hadapan satu impian
Nyawa ku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
Semangatku o terus membara
Janji ke padamu harapanmu
Ingin ku laksanakan
ooo ooo

Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang teguh membawa perubahan
Satu impian o berjuta harapan

Satu Malaysia kita inspirasi
Pada dunia namakan dijulang
Kita menjadi kebanggaan

Satu wawasan bersama bergandingan

Mood patriotik mula menular,terimalah ucapan keterharuan untukmu Malaysia yang tak seberapa ni....)Terima kasih kepada uncle2 pejuang kemerdekaan!Jasamu dikenang!Saya bangga jadi warganegara Malaysia yang aman makmur bahagia ini! Semoga Malaysia terus maju,gemilang & terbilang!

Itu saje repekan saya untuk kali ini. Sekian terima kasih.

p/s: kepada Syarq, terimalah entri terkejut akibat terkejut dari entri kamu ini.

p/s 2: Mood neves sekarang. ape nak prepare untuk 28/9 ni???Jeng3!

Tuesday, August 2, 2011

Puasa jangan tak puasa

Assalamualaikum & salam ramadhan... (mode insaf di bulan puase :p)

selamat sudah menjalani ibadat puase pada hari pertama(buka puase sorang2 depan tv hari ni, beginilah nasib anak yg kejauhan dr family (T__T)... )
dan untuk hari2 seterusnya
diucapkan SELAMAT BERSAHUR, SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERBUKA, SELAMAT BERTERAWIKH kepada sume umat islam. Niat puase jangan lupa! Marilah kita same2 memperbanyakkan amalan (jgn byk mkn je mase berbuka)dan mengambil sebanyak mane keberkatan bulan yg mulia ini.
Sekian, terima kasih. ;)

p/s:craving for Bubur Lambuk made in terengganu. Nyum3.. Tak sabar nak balik berpuasa d kampung halaman,lagi 2 minggu.. Yuuhuu..

----------
Sent from my Nokia phone

Wednesday, June 8, 2011

1st Day

Hello hello EM, Goodbye Goodbye NG (Lagu Hello Hello, FT Island terngiang2 di kepala :))
** EM merujuk kepada tempat keje skarang(baru hari ni kot!), NG merujuk kepada tempat keje sepanjang setaun setengah lepas :D -ayat agak ke'skema'an di situ

Yup, hari ni bermula rutin kerja baru. Kalau dulu saya masuk keje pukul 9, sekarang keje saya bermula pukul 8. (awal tu! :() tapi tamat kerja dulu dan sekarang tetap sama. Pukul 5.

Sejak masuk pukul 8 tadi, saya masih buat hal sendiri, menyibukkan diri dengan mengonlinekan diri di henset yang tak berapa canggih ni. Baru berkenalan dengan team membe je. Supervisor masih sibuk untuk dijumpai.

Harap2 new work experience here tidak membosankan diri ini lagi. :D

p/s: Masih sayang nak meninggalkan NG sebenarnya, rindu nak tengok cite/show korea/taiwan sambil wat keje,kat sini sudah tak boleh berbuat begitu..hehehe.. Tapi demi memajukan diri dengan menimba pengalaman baru, aktiviti itu harus terkorban. ;)


----------
Sent from my Nokia phone

Wednesday, June 1, 2011

Layan Hobi

Tadi bosan2 balik keje g wangsa walk sorang2. Jalan punye jalan, termasuk popular la plak. Masuk2 situ plak, terus nampak novel baru penulis Siti Rosmizah. Tak fikir panjang terus sambar 2 novel karya SR yang tak de dalam koleksi lagi (Lafazkan kalimah cintamu & 7 hari mencintaiku). Novel SR sebelum ni (Andai itu takdirnya & cinta kau dan aku) sume terbaek the bomb. Tu yang tak fikir panjang,sambar 2 terus.. Huhu..Da berbulan-bulan lamanya tak layan hobi baca novel ni. bila da stat layan balik ni mesti susah nak stop...

P/s: tak sabar nak balik kampung sabtu ni,sebelum memulakan hidup di tempat baru :D

----------
Sent from my Nokia phone

Monday, May 30, 2011

Kenduri

Yoyoyo wassup? :D
Sudah sebulan lebey tidak mengupdate kat sini. Ye la kalu update pun isi kandungan same je ngan 3,4,10 entri lepas (sbb rutin hidup saya masih tak berubah seperti dalam entri lepas2)orang pun tak nak baca..huhu...

Sedikit yang menarik
berlaku(sikit je,tak banyak):-

Weekend lepas(21hb Mei) - Berjimba (epi together) dengan kawan matrik yang da lama tidak ketemu. Makan ayam penyet d bangi -> Alamanda Putrajaya (tiket nak tgk Pirates abes)-> Mines(dpt tgk Pirate, 3D pun 3D lah) -> kembali ke Putrajaya (Lepaking sampai rahsia terbongkar :D) -> Balik. Dapat hadiah besday lagik.(tq amalina 4 the gift,tq niza 4 ur kasìh sayang..haha)



Weekend tadi (29 Mei) pegi menyibuk kat kenduri pertunangan kawan baik saya Intan. Congrates Intan&Firdaus.. Semoga hubungan kalian berjalan lancar hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia hingga ke syurga. Malamnya attend kenduri kawen ex hosmet d Bora Ombak. Selamat pengantin baru kak nurza & suami.. Semoga bahagia2 selalu hingga hujung nyawa.. Kesimpulannya, hari ni dapat makan sedap & free :D

Tumpang gembira tengok kawan2 dah tunang & kawen.. Diri sendiri plak, masih mencari & menunggu :p ----------
Sent from my Nokia phone

Tuesday, April 19, 2011

Testing2

Testing2..saya tengah mencuba alternatif lain mengupdate blog..huhu..

Da berminggu2 tak mengupdate blog. Sebab malas+tak tau nak cerita ape. Tak ade yang menarik. Seperti yang saya bagitau sebelum ni, setiap ari rutin yang sama je. Pegi keje balik keje,memerap kat rumah. Haih...bile plak kuar dating nak masuk dalam list ni...hehehe..

Ahad lepas pegi bermandi manda di air terjun serendah. Mula2 nk g ulu yam je tp xtau jalan..hahaha...Best3..lama x berpicnic macam tu...

Ok la,sampai disini saje sesi percubaan.
Tata..jumpe lagi bila rajin..
:D

----------
Sent from my Nokia phone




p/s: yeah..percubaan berjaya. peace V !