Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Meroyan..


Jutaan terima kasih & Syabas yg tak terhingga sy nak ucapkan kpd seseorang yg m'gunakan nama N.A.N..
Hanya dalam masa 3 hari...
N.A.N berjaya buatkan saya terkekeh-kekeh ketawa(lega sket otak dpt ketawa)...
N.A.N berjaya mengundang pilu di hati ni...
N.A.N berjaya menitiskan air mata saya tanpa niat..
N.A.N berjayamemunculkan perasaan geram tak terhingga...
N.A.N berjaya menambah kerutan di dahi saya kerana memikirkan apak yg akan terjadi seterusnya...
N.A.N berjaya membuat saya kagum dengan cinta agung seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya...
N.A.N berjaya membuatkan saya jadi pemikir yg hebat kerana memikirkan kemungkinan yang tercapai dek akal di alam realiti...
N.A.N berjaya meguji kesabaran saya untuk sampai ke penghujung...
N.A.N berjaya buat saya meroyan kegeraman bila tau kesudahannya begitu...aaarrrggghhh

Tak lupa juga milion terima kasih kepada SitiFaizul..
yang memulakan angkara..
yg sgt berbaik ati bg pinjam..
huhu~~



eyh3, apsal cik suelaiey berbahasa sanskrit puitis sgt nieyh??hehe
nilah angkara N.A.N aka Nass Alina Noah.. ape kaitan N.A.N ni?? dia ke yang ajar??
no3.. N.A.N ni seorang pengarang..dan sepanjang 3 ari lepas,lpas balik kerja saya telah menghayati 1 novel beliau bertajuk Selamat Pengantin Baru Isteriku yang dipinjamkan oleh SitiFaizul, opismate ku dan bakal jd exopismate..hehe

Novel ni mmg best, cukup ramuan.. tapi bila sampai ke endingnya, buatkan saya geram meroyan, rasa cam nak jerit kuat2,AArrggghh(tp mmg da jerit pon tp x kuat la..hiks).. nape la N.A.N buat endingnye cenggitu..tp mmg berbaloi kalu beli novel ni, lain dari yg lain, penuh ngan misteri yang buat kita tertanya2, psycho, pasal split personaliti, pembunuhan, konflik keluarga, cinta yang tiada tandingan..mmg cukup rasa.. :)

Nilah novelnya...
Tajuk Novel : Selamat Pengantin Baru Isteriku
Karya : Nass Alina Noah
Penerbit : Kaki Novel
Halaman : 1161 mukasurat
Harga : rm36.00
Sinopsis blkang buku:
Saban malam aku menanti 'malam pertama' kita yang belum bermula...yang entah bila akan bermula dan entah siapa yang akan memulakannya. Hari-hari yang berlalu terus begitu...terus dihimpit kesedihan, pilu dan keliru. Bicara apakah yang menjadi kesalahan, hingga asmara yang baru bermula, tidak ada penamatnya. Lalu kasih sayang ini bertukar benci, menjadi sakit hati...

Abang, mulut ini telah puas berkata benci, namun hati ini sejuta kali membisikkan kata sayang. Bibir ini menyuruh kau pergi, hati di dalam menangis agar jangan ditinggalkan. Suara ini tegar mengaku rela dilepaskan, namun kalbuku dicengkam takut yang amat dalam. Takut kehilangan satu-satunya orang yang palingku sayang.

Abang, walau kau bunuh seluruh rasa cinta itu, ia tetap akan tumbuh subur dalam hatiku, sampai bila-bila...

Thursday, April 8, 2010

Lepak kat MPH

Keje giler!! Lepak kat MPH dari pukol 2pm lebey sampai kol 8malam!!
Bile berlaku?? 27.3.2010,Lepas balik keje kol 1 (da 2 minggu tp baru nak cerita sbb puting beliung rajin berhembus)
MPH mane?? MPH MidValley.
Aktiviti?? Khatamkan 1 novel, dr muka surat 1 smpai last page..hehe
Sebab?? Akan kebosanan mati kutu buntu akal fikiran kalu balik rumah. xde hiburan..huhu~
Jimat duet x yah beli novel 2, tp sakit2 la tengkuk, pinggang dan segala hehe..
Novel yang berjaya dikhatamkan??

BUKAN TAK SUDI
-Mimie Afinie-
- KarnaDya Solutions-


Image & Sedikit petikan dari http://mimie-afinie.blogspot.com/2010/02/bukan-tak-sudi_27.html

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.

Ohh..cite ni amat best..mmg klakar mcm 2 novel mimie afine sblom ni..terkekeh2 la gelak. x hirau dah orang nak kate ape..hehe..biasenye sume novel mimie afinie ade dlm koleksi saya, tp sbb da x sbr nk baca cite ni, tp ujung bulan plak, bajet ciput, tu melekat kat MPH tuh..

And FYI... keje giler ni berulang lagi minggu lepas(3.4.2010)..hehehe..Tp kali ni xde la sampai malam, dlm pukul 6 lebey je,hehe..kali ni khatamkan novel ni plak

Pada Angin Aku Berpesan ~ Adileah~ JemariSeni

Petikan : http://adileah.blogdrive.com/

Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?

Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!

Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?

Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.

Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?

Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.

Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?

Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.

Atau... cintakah itu?

Ohh..endingnye sungguh mengecewakan...:( x seperti yang diharapkan..cik suelaiey bajet nak sume novel epi ending la..hehe..tp jalan citenye,gaya penceritaan ok!bley gelak2 sorang2 kat MPH tu.. mesti kalu orang kat MPH tu tgk kate cik suelaiey ni da x betol..hehe

K la..tu je alkisah keje giler saya.

Tata.

p/s: menaip entri sambil run system bill generator ;)

Thursday, July 30, 2009

koleksi novel saya



Tajuk: ILHAM HATI
Penulis: Damya Hanna
Terbitan: Alaf21 Sdn Bhd

huhu~ Mcm da lama x layan novel Damya Hanna.. sblom ni sume koleksi novel damya hanna aku baca tp Ternyata Cinta yg kuar sblom novel ni tak terbuka hati lagi nak bc.. tapi novel ni menarik minat aku nk beli lps bc sinopsis belakang buku ni. Puas hati la layan novel ni. Mcm laen sket.. Novel ni pasal Rian yg berubah laku bila hilang ingatan lepas eksiden tp dye hilang ingatan yg beberapa taun sblom eksiden tu jer smpaikan dye da kawen ngan Hanif pom dye x ingat..

Sinopsis :
RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?


Tajuk: HANYA DIA TAHU
Penulis: Aleya Aneesa
Terbitan: Alaf21 Sdn Bhd

Novel2 Aleya Aneesa sume aku layan tak tinggal 1 pom..So, novel ni haruslah wat tambah koleksi..

Sinopsis :
ARIANA melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak-balik.
Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang yang sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.


Tajuk: BILA DAH SUKA
Penulis: Mimie Afinie
Terbitan: Karnadya

Novel2 Mimie Afinie ni mmg tak boleh tinggal utk aku buat koleksi, ni yg latest..

Sinopsis:

Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.

MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...




http://biarlahymberbicara.blogspot.com/

Tajuk: BIARLAH YM BERBICARA
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan: Kaki Novel

Novel ni aku beli masa Book Fair kt PWTC bln2 lps..hehe.. puas ati dapat layan novel ni dlm bentuk buku..masa novel ni kt blog je,mmg x sbr2 nk tau smbgn citer ni smpi abes.. skrg ni plak da ade smbgn novel no plak kt blog penulis..best3x..bc novel ni mmg senyum memanjang.. best sgt.. aku da khatam bbrp kali da ;)
Klik kt link bawah buku utk info BYMB yg byk nyer..

p/s: byk lagi koleksi novel yg x update..
p/s 2: tak sabar nak tunggu Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul plak.. :)

Tuesday, March 31, 2009

kolekSi n0veL saya bLn maRch..




tajuk: Tarikh Luput Cinta
penulis: Lynn Dayana
penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd

Sinopsis: Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.
Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.
Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.
Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?
Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!

my Comment: Baca novel ni kalau bley dari mula baca sampai abis xnk stop.. mmg x stop pon aku baca..skali harung je abis 1 novel dlm masa lebey kurang 6 jam..hehehe~.. novel ni best sgt, terhibur dgn watak2 utama, slalu buat kita tertanya2 sape sebenarnya dalang muslihat2 yg timbul, kejap teka org ni, kjp teka org tu..tp last skali ade btoi jugak tekaan aku, sumenya angkara si XXXXX(sila baca novel ni untuk tahu angkara siapa..hehehe) 5 bintang!!!


tajuk: Rooftop Rant
penulis: hLovate
penerbit: Jemari Seni

my Comment: novel ni aku da baca yg separuh dkt blog hlovate.. baca novel ni mcm dpt byk ilmu pasal buku2 harun yahya..byk petikan2 dr buku tu dimasukkan novel ni.. novel ni citer pasal Trisy ngan Jade yg ade problem ngan femili, pasal cita2 Jade yg nak jadi kartunis.. ending citer ni buat tak nyesal la beli novel nih.. gaya penulisan hlovate aku suka, terhibur dgn lawak2 cerdik saintifiknyer... =) 4 bintang!!



tajuk: Meniti Bahagia
penulis: Zihasra aziz
penerbit: Buku Prima


Sinopsis: Zailinna Afira dikehendaki mengahwini Addy Zafril, tunang adiknya kerana adiknya Zailissa Irma telah mengahwini lelaki lain di luar negara. Sebelum itu, kasih Zailinna Afira terhadap Fazrul Azhan telah dipersiakan oleh lelaki itu walaupon dia setia menanti 4 tahun lamanya..Mampukah Zailinna Afira menerima cadangan itu? Addy sebenarnya mmg da jatuh hati ngan Zailinna Afira sebelom diaorang kawen, tp sbb bila tau Zailinna Afira kembar Zailissa Irma dia anggap Zailinna sama macam Zailissa..

my Comment: Not bad la baca novel ni.. tgh2 cerita kdg2 sakt ati gak dengan perangai Addy Zafril nih..tp ending yg bahagia.. =) 3 stgh bintang da la..hehehe

Monday, March 23, 2009

xdpt yg diidam.. yg ni pom boley la

yeah!tenet da ok..pc nat pom da kureng mengongnye..here it comes!

new entry!!
NOVEL!!

2 novel ni beli masa lps main boling ari tuh(11 mac 2009)
sebenarnya g mPH ari tuh nak beli novel tarikh luput cinta & rooftop rant.. tp xde la plak.. time xnk beli lagi novel nih, berlambak2 stok kat MPH tuh, bila beriya2 nak beli da abis la plak..huhu~


akhirnya sebab rasa keinginan nak layan novel tinggi, usha2 la novel lain..

tgk kat MPH tu novel ni antara best seller..baca sinopsis pom mcm best, aku beli la novel ni 1..

tajuk: Cinta Dua Jiwa
penulis: Rania Firdaus
terbitan: Alaf21 Sdn Bhd

sinopsis: HARIZ, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.

Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya.
Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...


my comment: Citer ni okey, best! Cukup sgala rasa ramuan.. bg aku cukuplah aku bg 4 1/2 bintang untuk novel ni..

Novel 1 lagi ni aku beli sebab dihasut oleh McLong..dia cakap cite ni best..aku baca sinopsis macam ok gak..pastu dalam dilema nk beli 1 ke 2 novel nih?? betoi ke citer ni best mcm mcLong cakap?? pikir punye pikir, usha2 novel lain mcm x de yg memikat ati.. amek la jugak novel ni sbb kalu beli 1 jer x puas nk feeling2 ngan novel nih..hehehe~

tajuk: Mulanya Satu Cinta
penulis: Rose Harisa
terbitan: Alaf21 Sdn Bhd

sinopsis:
EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih ber­gelar pe­lajar. Malangnya, ketika anak me­reka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.

Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.

Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie(bkn ilyanie yer =)) yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.

Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.

Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.

Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima ke­putusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?


my comment: cite ni ok, best, terhibur, tp part ending tu kalu dipanjangkan lagi, lagi puas ati rasanya..betoi la kata mcLong, novel ni best walaupon die bukan kipas susah mati novel..hehehe..neway 4.9 bintang!!!kui3=)

Wednesday, March 11, 2009

n0vel laGi!!!

novel!novel!novel! huhu~ nak wat cane kan, da hobi baca novel nih.. ley feeling2 kat part jiwang karat, ley brangan sorang2, senyum sorang2 bila part yg sweet kiut miut.., gelak sorang2 bila part klakar..and bley jgk nanges bila part sedih menyayat ati jiwa raga jantung sume..hehe~kdg2 ley lpas tensen gak bc novel nih.. tp kan, bkn aku jer camnih tau! MA aku pom layan gak novel yg aku bc nih.. same jer anak branak..hehehe~

aku suke beli novel sendiri kalu nk baca, bley tambah koleksi and bley repeat baca lg pd ms2 akn dtg..puas ati! nvl2 yg aku beli aku da khatam byk2 kali setiap 1 okey especially novel2 yg aku suke .. kat umah rasanya da hampir seratus buah kot novel terkumpul.. sumenyer aku yg beli! MA & adik pompuan aku aku tukang baca ajer..huhu~ kalu da nak beli novel nih, terpaksa la koorbankan duit sket.. kdg2 sanggup cut cost duit makan+berpoya2 sbb nk beli novel.. kalu xde duit sangat2 tp da gian nk baca novel, layan la plak cerpen2+novel2 online.. layan novel online ni x puas sbb kdg2 lmbat update, bila da rasa di awang awangan baca cite tuh bersambung plak next entri plak, kna tgu lagik..potong feel btoi!...lg frust bc kalu ending tergantung!..huhu~ tp setiap ari perkara wajib aku buat bila dpt pc bukak blog2 novel online!yeah~~

panjang plak intro nye..tu la effect bila mood rajin nk menaip datang... kalu malas, mmg tahap gaban punye r, malas nak mati berkuasa 1000 exponent 10 lagik!.. sebenarnya entri ni aku nk share pasal novel yg aku beli ni jer..hehehe~ novel ni aku beli skali ngan novel tentang dhiya ari tu..

Sandaran Hati by Aini Marisha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

komen ni aku edit dr website ni.. tp aku mmg stuju 100% dgn komen pembaca novel nih!!!hehehe~ aku bagi 3-4 bintang untuk novel ni!

Awal-awal cerita aku rasa agak kureng sket dan dialog2 kurang convincing. Memandangkan mood membaca aku bila dpt novel tengah tahap dewa dewi aku berjaya meneruskan pembacaan novel ini. Selepas pertengahan cerita, Aini Marisha mendapat rentak dan memanipulasi chemistry Amalia-Farhan dengan amat baik dalam kisah ni. Sebu dada biler cinta mereka membuak-buak tapi jodoh Farhan dengan orang lain. Memang terasa-rasa rontaan jiwa Amalia-Farhan ni yang saling memendam perasaan kerana masing2 pernah menyuarakan penolakan apabila dicadangkan supaya berkahwin pada mulanya. Tapi biler dah lama2 tu diorang jatuh cinta dalam diam dan serba salah pulak nak mengaku. Raihana yg sudah lama mengidamkan Farhan sbg suami memasang perangkap dan menuntut janji dari Farhan. Farhan mulai sedar, dgn Raihana dia mengikut kehendak nafsu semata-mata tapi dia ni jenis menjaga adab pergaulan lah. Tapi kehadiran Amalia mendorong dia utk melihat kecantikan dari sudut yang berbeza, yg melibatkan jiwa, emosi dan perasaan. Ending yg membuatkan kita tersenyum puas :)

p/s: nnt nak g serbu mph sbb ade sales kata AINUL ..nk tmbh koleksi lagi.. =)

Saturday, March 7, 2009

n0veL baRu beLi..

Novel ni aku beli sebelom balek kampong ari tu.. jalan2 kat popular amcorp mall sementara nk masuk keje kol 1(terdatang awal plak ari tu sbb ingat masuk kol 12..huhu~), tengok sinopsis citer ni mcm best jer walaupom macam da dapat gambaran citer ni camne melalui sinopsis, aku beli la jugak buat tambah koleksi novel kat umah.. cite ni not bad la.. terhibur gak baca, tak de lah bab sedih yg smpai bley mengeluarkan air mata aku ni..hehe~ tp kisah sebelum dia jadi model tu amat menyayat ati jugak la sbb slalu kena dera/ buli.. untuk novel ni aku bg 4 bintang!!


Tajuk : Sinar Kasih
Pengarang : Zihasra Aziz

Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd


Sinopsis..

Lili Zafira, anak yatim piatu dipelihara oleh bapa saudaranya, Haji Adam. Namun kehadirannya tidak disenangi oleh Puan zaiton dan anaknya Amira. Lili selalu kena dera ngan mak sedara & sepupu dia nih..Kerana cemburu, Amira telah menuduh Lili Zafira berkhalwat dengan Syamil Daniel, membuatkan mereka terpaksa berkahwin namun tidak bahagia sebab Syamil tuduh Lili nak harta dia & macam2 Syamiel buat nak sakitkan hati Lili.. Lama - kelamaan Syamil makin sedar sape Lili yang sebenarnya. Tp sampai 1 ari tu diaorang berpisah jugak tapi tak bercerai sebab salah faham & masa tu Lili mengandung.. Lps bersalin, Lili Zafira tekad membina hidup baru sebagai model terkenal bernama Fira & jumpe balik ngan Syamil.. Byk la kisah menarik diaorng lepas tuh..huhu~ =)


Novel ni plak aku beli hari aku balik KL dari kampung kat MPH midvalley.. Cerita ni macam da biasa terjadi dalam hidup kita seharian.. tapi terhibur la baca novel ni, ayat yang penulis guna pom santai jer, mcm ayat kita guna hari2.. novel ni macam xde konflik yang besar pom.. xde la part yang bley menyentuh jiwa raga sepenuhnya..hehe~ macam hepi jer baca novel ni.Novel ni aku bg 3 1/2 bintang!! hehe~




Tajuk : Tentang Dhiya
Pengarang :
Syud
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Sinopsis

Dhiya Nurlisa dan Azril Mustaufi 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Aril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasannya sudah jelas, kan?

Lepas graduate, masing-masing bawa diri.

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa, Azril masih lagi masalah kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?


p/s : kalu bley nk dapatkan novel hlovate rooftop rant plak..huhu~

Tuesday, February 17, 2009

toucHing abes...

minggu lpas aku ade beli 2 novel baru..

1. SETEGUH CINTA by durrah fatiha (alaf 21)..novel nih beli kat popular amcorp mall, sbnrnya nk cari novel andai itu takdirnya tp xde plak kt c2..usha2 novel laen, bc sinopsis novel nih mcm best trus beli...


not bad la novel nih.. tp jln citer mcm da bley agak sbb da byk sgt2 pengalaman bc novel nih...citer nih pasal Adli kawen dengan tunang kawan baik dia (Nurin) sbb kawan dia(Hadi) accident n lumpuh dkt2 majlis kawen diaorng nk langsung..pasal cinta lepas kawen lah nih kirenya.. Sebab masing 2 ingat kawen mcm terpaksa, slaloo diaorg gadoh2 berkrisis.. at last, da berbulan2 tinggal bersama, ngaku gak diaorg ni da saling menyayangi..hihi~..lps tuh ade plak krisis pasal Adli berhenti keje sbb ade org nk balas dendam buat khianat kat dia,jd la househasband je kt umah.. lama2 Nurin mcm da tak tahan dengan keadaan tuh sbb ramai yg mengata pastuh kena hasut lak ngat org jahat uh,Adli terima kerja kat capetown.. tinggal la Nurin ngan anak diaorg kat Malaysia.. Biase la bila da jauh rindu2an, mengukuhkan lg kasih sayang diaorg...huhu~layan gak la,x menyesal sgt beli novel nih..bg 4 bintang!..heheh =p

2. ANDAI ITU TAKDRNYA by siti rosmizah (buku prima)... novel nih plak beli kat mph midvalley sbb xde kat popular amcorp mall.. tergerak ati nk beli novel nih sbb bc 1 siri novel nih dalam majalah remaja keluaran 1 ogos 2008..

bc novel nih mcm2 perasan ade suka, sedih, menyampah, geram, sakit ati, kesian, sume ade.. ada sesetengah part tuh smpai nanges2 bc..huhu~
citernya pasal Aizril & Aleya yg kawen sbb perangkap tangkap khalwat yg kawan baek Aizril yang rancang.. Sebenarnya diaorang ni suka sama suka tp sebab ego Aizril yg terlampau2 tinggi Aleya slaloo jd mangsa perasaan ego Aizril.. banyak konflik, klimaks citer nih.. mmmg x nyesal beli novel ni.. layan giler bace..5 bintang!!!!!


1 novel 1 malam jer bley abes..huhu~...kalu da ade novel dpn mata mmg x ley tido slagi x khatamkan novel tuh..

p/s: x sabar nk tunggu novel karya hanni ramsul diterbitkan berada kt pasaran.. huhu~