new entry!!
NOVEL!!
2 novel ni beli masa lps main boling ari tuh(11 mac 2009)
sebenarnya g mPH ari tuh nak beli novel tarikh luput cinta & rooftop rant.. tp xde la plak.. time xnk beli lagi novel nih, berlambak2 stok kat MPH tuh, bila beriya2 nak beli da abis la plak..huhu~
akhirnya sebab rasa keinginan nak layan novel tinggi, usha2 la novel lain..
tgk kat MPH tu novel ni antara best seller..baca sinopsis pom mcm best, aku beli la novel ni 1..
tajuk: Cinta Dua Jiwa
penulis: Rania Firdaus
terbitan: Alaf21 Sdn Bhd
sinopsis: HARIZ, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.
Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...
my comment: Citer ni okey, best! Cukup sgala rasa ramuan.. bg aku cukuplah aku bg 4 1/2 bintang untuk novel ni..
Novel 1 lagi ni aku beli sebab dihasut oleh McLong..dia cakap cite ni best..aku baca sinopsis macam ok gak..pastu dalam dilema nk beli 1 ke 2 novel nih?? betoi ke citer ni best mcm mcLong cakap?? pikir punye pikir, usha2 novel lain mcm x de yg memikat ati.. amek la jugak novel ni sbb kalu beli 1 jer x puas nk feeling2 ngan novel nih..hehehe~
tajuk: Mulanya Satu Cinta
penulis: Rose Harisa
terbitan: Alaf21 Sdn Bhd
sinopsis: EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih bergelar pelajar. Malangnya, ketika anak mereka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.
Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.
Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie(bkn ilyanie yer =)) yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.
Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.
Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.
Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima keputusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?
my comment: cite ni ok, best, terhibur, tp part ending tu kalu dipanjangkan lagi, lagi puas ati rasanya..betoi la kata mcLong, novel ni best walaupon die bukan kipas susah mati novel..hehehe..neway 4.9 bintang!!!kui3=)
No comments:
Post a Comment