Showing posts with label renungan. words. Show all posts
Showing posts with label renungan. words. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Salam kemaafan..

Pejam celik pejam celik lagi Ramadhan da nak berlalu.. :(
Ape yg bermain di fikiran korang sekarang ni???

adakah...

Puasa cukup ke? Ibadat bulan ramadhan bertambah2 ke taun ni?
berapa kali berterawih di masjid? Quran khatam ke? Qiamullail brp kali buat?
Malam LailatulQadar jupe ke?

ataupun...

baju raye kaler ape taun ni?bape pasang baju nak beli?kueh berape jenis?taun ni nak braya ke mane?berapa duet raya nk bagi??

Renung2kan && Selamat beramal....
~~hehe rase macam salah channel la plak ;p

Ok tamat channel renungan... :D

Yeay!! esok saya da balik kampung...sempat jugak la bukak pose 2 kali kat rumah..Lama cuti raya kali ni 8-19hb sept..mcm nk raya sakan jer.. hmpir habes annual leave wat cuti raya..ayoyo...korang??

Dikesempatan ni saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di seluruh dunia(cheewaah seluruh dunia tu!over..) sambil menyusun 10 jari tangan 10 jari kaki memohon maaf andai ada salah silap yang sengaja atau disengajakan(alaa gurau2 je) Pendek kata 0-0 je lah.. korang maafkan saya, saya maafkan korang eyh..




Ni nak selit jugak lagu raya pilihan taun ni.., kalu taun lepas saya suka lagu Raihan & Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda(taun ni pon still jugak suke lagu ni)

Lagu raya Dato' Ct ni pon meruntun jiwa gak bila dengar..



Dato' Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya


Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah


Thursday, September 17, 2009

Kawan yang Baik..

sekadar memeriahkan blog yg da nak bersawang balik ni..huhu

jom renung2kan.. adakah kita kawan yang baik????

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

**petikan daripada sini

renung2kan dan selamat beramal
semoga kita jadi kawan yang baik

Thursday, June 18, 2009

Untuk Renungan Bersama

Xde keje, duk geledah file2 yg ade kt decktop laptop jumpe plak file renungan ni...

Manusia Hari Ini Suka Berprasangka
Ada sangkaan baik…Ada sangkaan buruk…

Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet =)

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka memakai susuk
Orang tampak ceria disangka ada membela…

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah swt,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,

Jauhi sikap suka bersangka-sangkakerana ia bakal memusnahkan
ukhwahseperti musnahnya kayu dimakan api…satu benda yang kita
lihat,macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat semuanya
bergantung bagaimana kita mentafsirkannya

renung2kan & selamat beramal

p/s: mood utk bercerita masih blom dtg..hu~~

Saturday, March 14, 2009

penGisiaN..

td aku layan 1 cerpen kt penulisan2u (kalau dah jodoh tak ke mana, kan yang?) ..
ade sesuatu yg menarik dlm cerpen ni aku nk share..hehe~


antara part yang best:-

"Tia nak tahu tak, ustaz Natilie pernah cakap. kalau kita nak suami kita yang macam kita nak, kita tulis kat satu kertas. Kemudian kita simpan, jangan bagi orang baca. Cuma kita je yang tahu. Kita doa banyak-banyak semoga kita akan dapat lelaki yang kita impikan tu suatu hari nanti."

~part ni aku x tau la ley caye ke x..hehe~

tp part yg ni lg best:-


"Apa kata Tia baca Surah Yasin, ayat 36. Ayat tu untuk doa cepat jodoh. Tak salahkan kalau kita amalkan benda-benda baik ni." Aku mengangkat kening. "Betul ke?" Aku bertanyanya kembali. "Betul, takkan Natilie nak tipu pula. Lagi satu, Surah Yusuf, ayat 4. Itu untuk doa pengasih. Semoga kalau kita baca ayat tu, orang yang melihat kita akan jatuh kasih pada kita. Elok juga untuk di amalkan. Ayat pengasih ni bukan untuk suruh lelaki jadi sayang pada kita tahu, ayat ni sebenarnya elok di amalkan sebab kalau orang tengok kita, sejuk je mata dia memandang. "

aku pom cari la kebenaran part ni kan, aku jupe artikel ni (KEBERKATAN SURAH YASIN), mmg dalam artikel ni ade jgk sebut kelebihan ayat 36 ni.. =)


surah yasin ayat 36

cari punye cari lagi aku jupe ni plak..rahsia ayat pengasih nabi yusuf


surah yusuf ayat 4


surah thahaa ayat 39

~alQuran lengkap segalanya...


p/s: klik pd link2 utk tahu lebih banyak lg.. =)

Friday, February 6, 2009

the person who i want to be his…. =)

MUSLIMIN ACUAN AL-QURAN

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah seorang muslimin yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Muslimin Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang tidak pernah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran

(+.-)
renung2kan… &
selamat beramal…..

=)


p/s: mungkin ini yg dicari..tp xkn ade manusia yg sempurna di dunia ini.. huhu~

Andainya..jika..kiranya….

Andai kau memerlukan kekasih,maka pilihlah Allah,

kiranya kau memerlukan teman mesra, maka pilihlah Quran,

andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawaqal kepada Allah dengan kesabaran

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tidak seindah Sulaiman.

Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim jika diri tidak sekuat hajat dan sarah.

Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tidak sesempurna Muhammad saw (+.-)


renung2kan....