Thursday, June 18, 2009

Untuk Renungan Bersama

Xde keje, duk geledah file2 yg ade kt decktop laptop jumpe plak file renungan ni...

Manusia Hari Ini Suka Berprasangka
Ada sangkaan baik…Ada sangkaan buruk…

Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet =)

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka memakai susuk
Orang tampak ceria disangka ada membela…

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah swt,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,

Jauhi sikap suka bersangka-sangkakerana ia bakal memusnahkan
ukhwahseperti musnahnya kayu dimakan api…satu benda yang kita
lihat,macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat semuanya
bergantung bagaimana kita mentafsirkannya

renung2kan & selamat beramal

p/s: mood utk bercerita masih blom dtg..hu~~

No comments:

Post a Comment