Showing posts with label melalut. Show all posts
Showing posts with label melalut. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Suka tp tak suka jugak..

Haihaihaihai.. Saya buat2 rajin menaip2 d telefon. Jadinye, terhasilah naskah ini :D

Genap 4 minggu saya berhijrah di tempat baru! suke3x sangat, selesa, aman damai bila berada d rumah. Nak g kerje pun tak de la jam melampau. Biasa2 saje. Keluar rumah 8 suku,sebelum 9 mmg da sampai opis. Kadang2 ari tak bernasib baik lewat 1-2 minit je. Ok la tu!bukan selalu, sangat3 jarang.

Tapi.. Yang x best nye cCT saya sudah byk terluka. Banyak! & Panjang2 plak tu! Geram! Tensen setiap kali tengok calaran2 tersebut. Ape salah cCT saya dilukai sebegitu?? Kalau saya sendiri yang bersalah membuat calaran2 pada cCT saya xpe la jugak. Tapi tak de satu pun calaran2 tersebut angkara saya sendiri! tak pasal2,tiba2, bila nak g keje, tengok ade calaran2 terbit. Adoiiyai... Sape punye angkara pon x tau! Kenapa nak dengki ngan cCT saya tu? Betapa banyak kereta lain yang ada d sini sampai parking belapis2 sentiasa,kenapa cCT saya yang menjadi mangsa?? X bley tengok cCT elok&cantik tanpa calaran ke?? Haih..;(

Kesimpulannye, bukan semua orang suka tengok orang lain senang. Buat baik dbalas baik,buat jahat dbalas jahat jugak suatu hari nanti. Kita x boleh nak membalas,tapi ade yang lebih Berkuasa mengadili &membalas. setiap perkara yang terjadi ade kebaikan & keburukannye, ade pros and consnye. Bagaimana kita nak mengatasinya, fikir2kan sampai lebam!;)

p/s:kesimpulan yg agak tak berkaitan dengan isi. Yeke?8-)

sekian,

peace, senyum sokmo! :D

Monday, February 7, 2011

Back to work!

hohoho Holiday sudah abes. Kembali bekeja sudeyh.. huhuhu x sukenye. nak holiday lame2 lagi.

Kepenatan maseh ade. On d way back to KL semalam, sangat jammed. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam lebey jadi 7 jam! fuhh. Jem dari 5KM sebelom tol Karak sampai Genting Sempah = 4jam.

Sangat best bercuti lama2 di kampung. Dapat spend time banyak2 ngan family. Huhu, memang rasa tak nak balik KL dah, tapi nak wat cane, disinilah tempat saya mencari nafkah untuk diri sendiri. Nak tak nak,gagahkan diri jugak drive balik KL.

MOod bekerja masih belom datang, mood rajin yang sangat2 sedikit nak merepek meraban kat sini je ade. So, inilah hasilnya.Repekan pendek! :D

Sekian, terima kasih.

Peace!

Sunday, January 23, 2011

Hari Ahad

Ade ape dengan hari Ahad????

Hari Ahad adalah hari...
1. Hari paling malas,nak buat ape2 pun malas. Serba serbi malas nak buat. Memang malas la, sebab terlampau malas maka banyak pulak perkataan malas tertaip.. :D
2. Hari memerap kat rumah. Sebab malas,nak kua rumah pun malas. Da lama gile kot tak kua shoping ke,poye2 ke di ari ahad sampai da lupe bile last kua poye2 d ari ahad.. Sebulan lepas?dua bulan lepas?memang tak ingat..Mungkin sebab keje 6 ari seminggu,jadi ari ahad nak berehat2 besenang lenang d rumah saje tanpa fikir ape2..

Ok,itu saje.. Walopon malas,rajinkan diri jugak godek2 enfon update kat sini sambil baring2 depan tv.. :D

Friday, January 21, 2011

Susah senang

Bukan SENANG nak SENANG...

Bukan SUSAH nak SUSAH...

Dalam erti kata lain,

SUSAH nak SENANG..

SENANG nak SUSAH...

Bermaksud jugak,

SENANG je nak SUSAH,

berSUSAH2 dahulu beSENANG2 kemudian...

So,moral of the entry?
Cik suelaiey mengkompiuskan orang d tengah malam.. :D

Fikir2 sendiri... Jangan sampai sesat
tak jumpe pangkal jalan..


P/s: bukan hidup namanya jika tiada rencah kesusahan dan kebahagian.

Thursday, May 20, 2010

Happy BiRThDay!!!!!!!!!


today 20th May 2010

i turn to 24 oredi but..

still single mingle and available :(( (sad mode smbil nyanyi ♪♫ibu-ibu bapak-bapakSiapa yang punya anak,Bilang aku aku yang tengah malu,Sama teman-temanku,Karna cuma diriku yang tak laku-laku ♪♫~~Cari Jodoh by Waliband..wahai lelaki di luar sana sile ngorat saya! ekeke..sila abaikan rapekan di dalam kurungan ini selepas anda membacenye ye! tp yg d luar kurungan tu mmg betol bkn auta punye..ngeh3)

still addicted to taiwanese drama sbb suke tgk hero2 yg comel2, ensem2(kui3:p),

still addicted to novel2 melayu (yeah, suppot malay writers!!) hehe..

still suke makan, banyak makan, makan bayak...nyum3

still rasa cam mude remaje, rasa cam baru je lepas skolah.. ayah saya pon kate benda yang sama..hehe

ok, itu je..motip???nk gtau rini besday saya...hehe

Saturday, April 17, 2010

Meroyan..


Jutaan terima kasih & Syabas yg tak terhingga sy nak ucapkan kpd seseorang yg m'gunakan nama N.A.N..
Hanya dalam masa 3 hari...
N.A.N berjaya buatkan saya terkekeh-kekeh ketawa(lega sket otak dpt ketawa)...
N.A.N berjaya mengundang pilu di hati ni...
N.A.N berjaya menitiskan air mata saya tanpa niat..
N.A.N berjayamemunculkan perasaan geram tak terhingga...
N.A.N berjaya menambah kerutan di dahi saya kerana memikirkan apak yg akan terjadi seterusnya...
N.A.N berjaya membuat saya kagum dengan cinta agung seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya...
N.A.N berjaya membuatkan saya jadi pemikir yg hebat kerana memikirkan kemungkinan yang tercapai dek akal di alam realiti...
N.A.N berjaya meguji kesabaran saya untuk sampai ke penghujung...
N.A.N berjaya buat saya meroyan kegeraman bila tau kesudahannya begitu...aaarrrggghhh

Tak lupa juga milion terima kasih kepada SitiFaizul..
yang memulakan angkara..
yg sgt berbaik ati bg pinjam..
huhu~~



eyh3, apsal cik suelaiey berbahasa sanskrit puitis sgt nieyh??hehe
nilah angkara N.A.N aka Nass Alina Noah.. ape kaitan N.A.N ni?? dia ke yang ajar??
no3.. N.A.N ni seorang pengarang..dan sepanjang 3 ari lepas,lpas balik kerja saya telah menghayati 1 novel beliau bertajuk Selamat Pengantin Baru Isteriku yang dipinjamkan oleh SitiFaizul, opismate ku dan bakal jd exopismate..hehe

Novel ni mmg best, cukup ramuan.. tapi bila sampai ke endingnya, buatkan saya geram meroyan, rasa cam nak jerit kuat2,AArrggghh(tp mmg da jerit pon tp x kuat la..hiks).. nape la N.A.N buat endingnye cenggitu..tp mmg berbaloi kalu beli novel ni, lain dari yg lain, penuh ngan misteri yang buat kita tertanya2, psycho, pasal split personaliti, pembunuhan, konflik keluarga, cinta yang tiada tandingan..mmg cukup rasa.. :)

Nilah novelnya...
Tajuk Novel : Selamat Pengantin Baru Isteriku
Karya : Nass Alina Noah
Penerbit : Kaki Novel
Halaman : 1161 mukasurat
Harga : rm36.00
Sinopsis blkang buku:
Saban malam aku menanti 'malam pertama' kita yang belum bermula...yang entah bila akan bermula dan entah siapa yang akan memulakannya. Hari-hari yang berlalu terus begitu...terus dihimpit kesedihan, pilu dan keliru. Bicara apakah yang menjadi kesalahan, hingga asmara yang baru bermula, tidak ada penamatnya. Lalu kasih sayang ini bertukar benci, menjadi sakit hati...

Abang, mulut ini telah puas berkata benci, namun hati ini sejuta kali membisikkan kata sayang. Bibir ini menyuruh kau pergi, hati di dalam menangis agar jangan ditinggalkan. Suara ini tegar mengaku rela dilepaskan, namun kalbuku dicengkam takut yang amat dalam. Takut kehilangan satu-satunya orang yang palingku sayang.

Abang, walau kau bunuh seluruh rasa cinta itu, ia tetap akan tumbuh subur dalam hatiku, sampai bila-bila...

Thursday, April 8, 2010

Lepak kat MPH

Keje giler!! Lepak kat MPH dari pukol 2pm lebey sampai kol 8malam!!
Bile berlaku?? 27.3.2010,Lepas balik keje kol 1 (da 2 minggu tp baru nak cerita sbb puting beliung rajin berhembus)
MPH mane?? MPH MidValley.
Aktiviti?? Khatamkan 1 novel, dr muka surat 1 smpai last page..hehe
Sebab?? Akan kebosanan mati kutu buntu akal fikiran kalu balik rumah. xde hiburan..huhu~
Jimat duet x yah beli novel 2, tp sakit2 la tengkuk, pinggang dan segala hehe..
Novel yang berjaya dikhatamkan??

BUKAN TAK SUDI
-Mimie Afinie-
- KarnaDya Solutions-


Image & Sedikit petikan dari http://mimie-afinie.blogspot.com/2010/02/bukan-tak-sudi_27.html

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.

Ohh..cite ni amat best..mmg klakar mcm 2 novel mimie afine sblom ni..terkekeh2 la gelak. x hirau dah orang nak kate ape..hehe..biasenye sume novel mimie afinie ade dlm koleksi saya, tp sbb da x sbr nk baca cite ni, tp ujung bulan plak, bajet ciput, tu melekat kat MPH tuh..

And FYI... keje giler ni berulang lagi minggu lepas(3.4.2010)..hehehe..Tp kali ni xde la sampai malam, dlm pukul 6 lebey je,hehe..kali ni khatamkan novel ni plak

Pada Angin Aku Berpesan ~ Adileah~ JemariSeni

Petikan : http://adileah.blogdrive.com/

Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?

Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!

Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?

Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.

Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?

Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.

Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?

Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.

Atau... cintakah itu?

Ohh..endingnye sungguh mengecewakan...:( x seperti yang diharapkan..cik suelaiey bajet nak sume novel epi ending la..hehe..tp jalan citenye,gaya penceritaan ok!bley gelak2 sorang2 kat MPH tu.. mesti kalu orang kat MPH tu tgk kate cik suelaiey ni da x betol..hehe

K la..tu je alkisah keje giler saya.

Tata.

p/s: menaip entri sambil run system bill generator ;)

Wednesday, April 7, 2010

cakkk!!!!


uuuu..cakk!!


:D

hehe..blog bertukar wajah sket, da kena mekap..
tetiba plak angin rajin datang bile x tau nak wat ape sbb duk stanby kat opis ni..
background baru, credit to http://www.pyzam.com/bloggertemplates
cantik2 background kat situ sampai rambang mata x tau mane nak pilih..hehe