Saturday, April 17, 2010

Meroyan..


Jutaan terima kasih & Syabas yg tak terhingga sy nak ucapkan kpd seseorang yg m'gunakan nama N.A.N..
Hanya dalam masa 3 hari...
N.A.N berjaya buatkan saya terkekeh-kekeh ketawa(lega sket otak dpt ketawa)...
N.A.N berjaya mengundang pilu di hati ni...
N.A.N berjaya menitiskan air mata saya tanpa niat..
N.A.N berjayamemunculkan perasaan geram tak terhingga...
N.A.N berjaya menambah kerutan di dahi saya kerana memikirkan apak yg akan terjadi seterusnya...
N.A.N berjaya membuat saya kagum dengan cinta agung seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya...
N.A.N berjaya membuatkan saya jadi pemikir yg hebat kerana memikirkan kemungkinan yang tercapai dek akal di alam realiti...
N.A.N berjaya meguji kesabaran saya untuk sampai ke penghujung...
N.A.N berjaya buat saya meroyan kegeraman bila tau kesudahannya begitu...aaarrrggghhh

Tak lupa juga milion terima kasih kepada SitiFaizul..
yang memulakan angkara..
yg sgt berbaik ati bg pinjam..
huhu~~



eyh3, apsal cik suelaiey berbahasa sanskrit puitis sgt nieyh??hehe
nilah angkara N.A.N aka Nass Alina Noah.. ape kaitan N.A.N ni?? dia ke yang ajar??
no3.. N.A.N ni seorang pengarang..dan sepanjang 3 ari lepas,lpas balik kerja saya telah menghayati 1 novel beliau bertajuk Selamat Pengantin Baru Isteriku yang dipinjamkan oleh SitiFaizul, opismate ku dan bakal jd exopismate..hehe

Novel ni mmg best, cukup ramuan.. tapi bila sampai ke endingnya, buatkan saya geram meroyan, rasa cam nak jerit kuat2,AArrggghh(tp mmg da jerit pon tp x kuat la..hiks).. nape la N.A.N buat endingnye cenggitu..tp mmg berbaloi kalu beli novel ni, lain dari yg lain, penuh ngan misteri yang buat kita tertanya2, psycho, pasal split personaliti, pembunuhan, konflik keluarga, cinta yang tiada tandingan..mmg cukup rasa.. :)

Nilah novelnya...
Tajuk Novel : Selamat Pengantin Baru Isteriku
Karya : Nass Alina Noah
Penerbit : Kaki Novel
Halaman : 1161 mukasurat
Harga : rm36.00
Sinopsis blkang buku:
Saban malam aku menanti 'malam pertama' kita yang belum bermula...yang entah bila akan bermula dan entah siapa yang akan memulakannya. Hari-hari yang berlalu terus begitu...terus dihimpit kesedihan, pilu dan keliru. Bicara apakah yang menjadi kesalahan, hingga asmara yang baru bermula, tidak ada penamatnya. Lalu kasih sayang ini bertukar benci, menjadi sakit hati...

Abang, mulut ini telah puas berkata benci, namun hati ini sejuta kali membisikkan kata sayang. Bibir ini menyuruh kau pergi, hati di dalam menangis agar jangan ditinggalkan. Suara ini tegar mengaku rela dilepaskan, namun kalbuku dicengkam takut yang amat dalam. Takut kehilangan satu-satunya orang yang palingku sayang.

Abang, walau kau bunuh seluruh rasa cinta itu, ia tetap akan tumbuh subur dalam hatiku, sampai bila-bila...

No comments:

Post a Comment