~~c0rA+ CoReT waRna-wArNi dALam rEncaH keHiduPaN~~ "...eYes aRe wiNdoW to tHe s0uL..."
Wednesday, September 30, 2009
Believe it..
Saya telah melancongkan kaki saya ke LIBRARY! Diulangi LIBRARy!
Owh saya sendiri tak percaya saya berada di sini. Sekarang ini.
Still. I dun believe this!!!
But, this is the fact right now! Again. I'M in the LIBRARY, in UM!
|Buat pengetahuan anda semua, sepanjang 4 taun saya berpengajian di UM ni, saya tak pernah menjejakkan kaki saya ke sini saja2 melainkan acara 2 WAJIB saja iaitu sekali masa haluan siswa, kena dengar ceramah pasal library ni, 2 pom saya tidor ketika mendengar ceramah tu.hehe. sekali lagi masa menghadiri kelas2 Kemahiran Maklumat masa 1st year dulu..huhu
motif melancong ke library: mengonlinekan diri sambil berlakon buat report LI. :D
p/s: sempat lagi mengupdate di library.. hehe :D
Sunday, September 20, 2009
Hari raya sudah tiba..
kita layab lagu ni dulu eyh
Bila Takbir bergema - Rafeah Buang
klik pada tajuk untuk download lagu :)
~~rasa cam lawak plak tengok video klip niey..hehe
di kesempatan hari yang mulia ini,
ingin saya menyusun 20 jari tangan+kaki(hehehe) memohon ampun maaf dari ujung kepala sampai ujung jari kaki jika ade salah silap perbuatan atau perkataan. Mana la tau tanpa sengaja saya telah mengguris perasaan sesiapa. Kalu dalam sedar tanpa pengaruh ape2, berlebey2 lagi la saya mohon keampunan. Almaklumlah saya hamba Allah yang tidak didatangkan segalanya sempurna.~~macam terlebey puitis plak perenggan ni eyh~~
terima la lagu ini plak... dari jauh ku pohon maaf - Sudirman
klik pada tajuk untuk download lagu :)
Marilah kita bermaaf2an dan kunjung mengunjung kawan2 & sanak saudara di bulan syawal nan mulia ini. Dapat makan mcm2..hehe
0 - 0 keyh!
Saturday, September 19, 2009
ooo..balik kampung!!!
Hari Balik Kampung...YYYYYyiiiiiiiihaaaa
;)
10 am: Bertolak ke Kemaman menaiki Utama Ekspress :D
2++ pm: Sampai Kemaman, 1 Family tros bertolak balik kg ayah, Setiu Terengganu
Klik di sini utk download lagu BalikKampung - Sudirman
p/s: mesti happening buka puasa ramai2 dgn sanak saudara kan???
Friday, September 18, 2009
jom layan..
sambil2 tu hayati lirik lagu ni keyh..amat menyentuh jiwa raga sanubari..
Raihan & Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda
Klik pada tajuk untuk download lagu ni.
Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi
Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban
Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya
Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu
Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Best lagu nieyh!
:)
p/s: x sabar nk balik kg jupe ma ayah..
Thursday, September 17, 2009
tak sabar3x..
time je la yang ini dulu keyh.. :)
1) tak sabar nak abeskan Latihan Industri (LI) di sini, esok adalah hari last saya bekerja di kompeni ini..yyyyyiiiiiihhaaaa.. yabedabedabedu..
semalam 16/09/09 lecturer saya, Dr Ng telah melawat kami di sini. Hopefuly sume ok & saya dapt menamatkan pengajian saya dengan jayanye(ayat cm skema spm plak rasa, hihi)..
keje kat sini kdg2 best, tp ade jugak yg x best. Bye2 sume staf disini yg mcm2 ragam..espesely ms L yg bagi mcm2 keje, yg kdg2 marah sy x tentu pasal walaupon bukan salah saya,Ms Mok yg suke bg keje remeh temeh, k.ayu yg slalu menumpangkan kami balik, dll yg x sempat nak ditaip di sini sbb takot Ms L bebel lagi :)..
2) tak sabar nak tunggu ari sabtu (19/09/09) sebab nak balik kampung (kemaman).yyuuhhuuu.. memandangkan saya da habes LI saya dapat balek kg lama2. Bley lepak2 kat umah dulu sementara cari/dapat keje.
3) tak sabar nak raya..hehe.. taun ini saya akan beraya di kampong ayah saya di setiu, Trg. setelah bertaun2 tak beraya di sana, taun ni kami sekeluarga akan beraya di sana plak. Mungkin raya taun ini akan berlainan la sket dari taun2 lepas sbb da lama tak jupe atok, nenek. sedara mara sepupu sepapat belah sana. Rasanya cam ade jgk yg x kenal da..hehe
Ok la.. cukup la setakat ini dulu.
Kawan yang Baik..
jom renung2kan.. adakah kita kawan yang baik????
Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
**petikan daripada sini
renung2kan dan selamat beramal
semoga kita jadi kawan yang baik