Friday, September 18, 2009

jom layan..

jom layan lagu ni amek mood raya..



sambil2 tu hayati lirik lagu ni keyh..amat menyentuh jiwa raga sanubari..

Raihan & Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Klik pada tajuk untuk download lagu ni.

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Best lagu nieyh!
:)

p/s: x sabar nk balik kg jupe ma ayah..

Thursday, September 17, 2009

tak sabar3x..

idea agak kurang kebelakangan ini ditambah plak perasaan malas berganda2 nk update blog..
time je la yang ini dulu keyh.. :)

1) tak sabar nak abeskan Latihan Industri (LI) di sini, esok adalah hari last saya bekerja di kompeni ini..yyyyyiiiiiihhaaaa.. yabedabedabedu..
semalam 16/09/09 lecturer saya, Dr Ng telah melawat kami di sini. Hopefuly sume ok & saya dapt menamatkan pengajian saya dengan jayanye(ayat cm skema spm plak rasa, hihi)..
keje kat sini kdg2 best, tp ade jugak yg x best. Bye2 sume staf disini yg mcm2 ragam..espesely ms L yg bagi mcm2 keje, yg kdg2 marah sy x tentu pasal walaupon bukan salah saya,Ms Mok yg suke bg keje remeh temeh, k.ayu yg slalu menumpangkan kami balik, dll yg x sempat nak ditaip di sini sbb takot Ms L bebel lagi :)..

2) tak sabar nak tunggu ari sabtu (19/09/09) sebab nak balik kampung (kemaman).yyuuhhuuu.. memandangkan saya da habes LI saya dapat balek kg lama2. Bley lepak2 kat umah dulu sementara cari/dapat keje.

3) tak sabar nak raya..hehe.. taun ini saya akan beraya di kampong ayah saya di setiu, Trg. setelah bertaun2 tak beraya di sana, taun ni kami sekeluarga akan beraya di sana plak. Mungkin raya taun ini akan berlainan la sket dari taun2 lepas sbb da lama tak jupe atok, nenek. sedara mara sepupu sepapat belah sana. Rasanya cam ade jgk yg x kenal da..hehe

Ok la.. cukup la setakat ini dulu.

Kawan yang Baik..

sekadar memeriahkan blog yg da nak bersawang balik ni..huhu

jom renung2kan.. adakah kita kawan yang baik????

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

**petikan daripada sini

renung2kan dan selamat beramal
semoga kita jadi kawan yang baik

Monday, August 31, 2009

MERDEKA

Tanggal 31
Bulan lapan
lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan
lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan
lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
~sudirman, 31 Ogos~



kepada sume rakyat MALAYSIA..

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

selamat hari kemerdekaan yang ke 52

syukur.. Malaysia bebas dr kuasa penjajah. dan maseh aman makmur walaupun berbilang kaum, bangsa, budaya... HIDUP 1 MALAYSIA ! :D

P/S: bebaskan juga diri kita dr anasir2 jahat.

Friday, August 28, 2009

KetiKa InI..

Ketika Ini.. owh ini bukan pasal lagu estranged, ketika ini :D ..
Saya nak gtau ape saya buat ketika ini pada detik 9.25pm 28 Ogos 2009..Hiks
Ketika ini.. saya tengah membilang detik waktu mahu balek ke kampung. Yeah!
balek kampung! oooo balek kampung oooo balek kampung, hati girang.............
huhu~Sangat tak sabar!da 2 bulan lebey kot x balik kampong..RENDU100x..

rendu kat ma & ayah..
rendu kat adek2..
rendu suasana rumahku syurgaku..
rendu nak berpuasa, berbuka & bershur kat rumah....
rendu sume makanan yang ade di Kg Geliga, Kemaman, Terengganu :D

Saya akan naek bas pukul 11.59 malam ni.. Sampai ke kampung halaman mungkin kol 5 pg esok. Ngam2 la kan sahur kat umah. yeah! x sabar3.. nak makan lauk ma masak. huhu~~
Adek saya pom ade mesej td, ade cheese kek menanti saya dirumah. suke3. lagi la x sabar nk smpai umah. Rumahku! Nantikan kepulanganku!hiks :D
Sangat jeles ngan McLong.. ketika saya sedang membilang detik waktu ketika ini dia mungkin da sampai di kelantan sbb dye da naek flight kol 7 lebey td. tak aci! ;P

Cerita cuti..
Masa kat opis td, cam takot2 gak la nk mintak cuti. da la last2 menet br nk gtau nk cuti esok.
K, 1st Mclong dulu g cakap ngan supervisor kitaorang, Mr S nak cuti. Da kena bebel2 sbb mintak cuti last menet, dye suh tya aku dulu, Ms L nak bg aku cuti tak. Kalu Ms L bg aku cuti maka Mclong dapat cuti gak. Aku pom terus la tya Ms L bley x nk cuti. Tros dye cakap bley. K, selamat! kitorang dpat cuti esok. Bley la balek Kg ngan hati yang tenang.
Kalu xdapat cuti td, ingat nak ponteng jer esok. Ari sabtu bukan aku ade keje pom kat opis. Wat filing jer sket2. pstu melangut dpn PC surf tenet. JUdeng yg x berkenaan mintak cuti pom senang2 Ms L soh cuti. Tak Aci! X mintak cuti pom dye bley cuti gak. Memang Mama L aka Ms Low pilih kaseh.. sayang judeng lebey.. x adil3.. ;P Nampak sgt kan xde keje. sbb tu dye bg cuti ramai2..huh~~

Ok la.. sgt excited nak balik umah. idea da ilang. Nak siap2 g puduraya da..

tata

p/s: bos da warning ari selasa kena masuk keje, tp tiket balek KL ari selasa kol 11pg. cane??
huhu~


Friday, August 21, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN

SEMPENA KEDATANGAN BULAN MULIA LAGI BERKAT NI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN
SELAMAT BERPUASA KEPADA SUME UMAT ISLAM DI MANA2 SAJE BERADA.

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puase dengan sabar dan sempurna.


Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters


p/s: fadilat ramadhan

Wednesday, August 12, 2009

cerita

Ok.. nak citer sket..
Semalam 110809. Hari makan byak. HUHU.. 3 kali makan nasi!1 Kali mkn laksa.
isk3..sue!! ko nk jadi "cik temb"??!!!
opkos la x mau..tp da makan nak wat cane?? :)

k, pagi.. beli nasi lemak mak cik sayang kat stesen u wat breakfast kat opis. tau je la kalu ns lemak makcik sayang tu, mmg banyak, penat nak abeskan sebungkus tuh. mmg kenyang!

tengahari plak, g lunch kt medan selera kat downtown cheras tu, rs cam tak lapar sgt tp rs cm teringin nk mkn asam pedas.. mkn la jugak nasi kt situ berlaukkan asam pedas pari+ulam2an ngan mclong.. byk la plak mak cik kedai tu letak nasi, tp gagahkan jugak abeskan. huh berjaya abeskan and mmg FULL giler..

Balik keje kol 6, saya ngan mclong ikot Indra g wat case jap kat shell, lps 2 dye antr balik. Sblom tu dye ajk g mkn nasi kukus plak kat pantai dalam. k, makan nasi lagi for the third time! kenyang lg! time kaseh indra sbb sudi blanje student cm kami nieyh..hehe

Smpai uma maghrib, tros smyg siap2 nk g gerai konvo kt UM plak ngan qila, mcLong & Fyna. owh..gerai konvo taun ni mmg x best. semakin suram berbanding taun2 sebelumnya. grai2 pon suda semakin berkurangan. nape yer??? Rasanya pesta konvo masa 1st & 2nd year dulu paling best, paling meriah. siap ade fun fair bagai lagik. huhu

k, jalan2 kat gerai konvo tuh, melawat gerai demi gerai, tiba2 fyna terpijak selipar saya dan tamatlah riwayat selipar tuh. putus!. jalan la seret2 g cari selipar murah2 kt c2.. dapt la 1 selipar rm8 jer tp comey berwarna warni lagik..hehe. Da hampir abes melawat gerai2 tuh, tetiba kami terserempak ngan seseorg yang nampak mcm x siuman tp pakai baju kurung cantek..Kecoh la plak lepas tu ade 1 kapel gado2 tgh2 org ramai tuh and org yg nmpak cam x siuman tu terbaring kat tgh2 jalan. ramai la org kerumun kt tempat kejadian tuh. siap ade polis smpai bagai.tp tu sebenarnya adalah gimik semata2. kitaorg pom menyebok la skali kt tmpat kejadian tu sbb nk tau ending gimik tu sbb da syak masa terserempak "org" td tu.Dak2 Law yg punye kerja. Dyeorg berlakon utk MOCK TRIAL show pd 12-15 Aug 2009 (8pm)@ Fak Law (x ingat la nama audi kt fak diaorg tuh) :).

K, lepas selesai di tempat kejadian fyna ngan qila nak makan. so, kitaorg masuk gerai kedah. diaorg sume bantai char kuey teow, sy plak mkn laksa. mn bley tgk jer org mkn. x syokk..kna la join skali kan, walopon da makn nasi 3 kali..hiks :) adoiyai..banyaknyer makan.. xpe2, nnt laen hari mkn sket plak.. kire mkn smalam jamak untuk ari2 laen la eyh..hihi

cukup la cite ni..ade keje la plak. kna format pC., ciss!!

Monday, August 10, 2009

CONGRATULATIONS!!!

KEPADA MEMBE2 YANG AKAN/TELAH KONVO TAUN INI...

zwani.com myspace graphic comments

zwani.com myspace graphic comments


ESPECIALLY..

BATCH 05/06 FSKTM UM..
YATT, AQILAH, ALISA, WAN RAI, HANANIEY, C-MA, CHE' PA, FUNNA, NOEIN, AINUL DLL LG, BUKAN XNK SEBUT, TP NK JIMAT MASA MENAEP KAT OPIS NIEYH..HEHEHE

KAWAN2 DR FAKULTI LAEN UM..FADHILAH(FS), DILA & ZAINUN (APM) DLL

ZARINA HARIS, AMALINA, SYAFEEQA,DLL DI UPM

HAZRINI, WAHEEDA DLL DI UPSI

BAITI DLL DI UITM SHAH ALAM

KAWAN2KU DI UNI2 LAEN..

TAK LUPE JUGA OPISMATE KU..
NISHA ZAINAL, UKM

:)

p/s: jom serang gerai konvo UM!!

antara 2

time2 xde keje ni, mula la pikir mcm2 nk merepek.. hati saya sedang tertanya2

mane lebey penting????!!!!!!!

Menjaga hati & perasaan orang laen tapi hati sendiri sAKIT/terluka

atau

jaga hati sendiri supaya tidak TERGURIS & BERSEDIH tanpa mengendahkan perasaan orang laen??

ape nak buat bila terpaksa memilih situasi camni??

gambar hiasan semata2, cantiknyerr possing :|


Don't flatter yourself that friendship authorizes you to say disagreeable things to your intimates. The nearer you come into relation with a person, the more necessary do tact and courtesy become.
Oliver Wendell Holmes

p/s: ""vulnerable""

Monday, August 3, 2009

kitty



ini KITTY..
KITTY ini tinggal dlm tray kat atas meja saya kat opis..
KITTY ini diberi oleh ms MOK (account manager)..
Sebenarnya KITTY ini dijumpai Ms MOK dlm drawer ms Liew setelah dye resign...
Kate ms MOK, sebab saya paling mude dan comey(hehe comey ker???) dlm opis kat bawah ni, jd dye serahkan KITTY-KITTY tu pade saya buat maen2.. hihi
ms MOK beri saya 6 ekor KITTY sume nyer..
saya telah beri kepada mclong 3 ekor, & dye beri qilah sekor..
maknenyer, dgn mclong ade 2, qila ade 1, saya ade 3 (kaler biru, purple & coklat)..

TAPI.. sekarang saya diselubungi misteri..
2 ekor daripada 3 ekor KITTY saya telah lesap..
tinggal sekor jer (kaler purple)..
:(( :((

saya tertanya2.. mane 2 ekor KITTY tu pegi..mane?3x
adekah dye berjalan2 melawat sedara mara dye kat ats?? mclong kate xde, elok jer 2 ekor kt ats meja dye tu..
adekah dye telah diculik oleh org yg x bertanggungjawab???

jadi kepada sape2 yang mempunyai maklumat mengenai misteri ini, sila hubungi saya..kesian saya tengok kitty purple nieyh..mesti dye rindu kt sedara dye lagi 2 ekor tuh..

hihihi..


motif entry: merepek sebab xde keje sangat..hehe:p