Wednesday, February 25, 2009

Megi goReng Asam Laksa Tomyam

Bahan2:
  • 2 bungkus mi segera mamee tomyam
  • 1 bungkus mi segera mamee asam laksa
  • bawang merah + bawang putih
  • cili api
  • carrot
  • sosej dipotong2 halus
  • 2 biji telur
  • sedikit kicap + sos cili

Cara membuat:
  • tumis bawang merah+putih+cili padi
  • masukkan perencah tomyam mamee & gaul
  • masukkan sosej & gaul lagi
  • pecahkan telur & gaul lagi & lagi
  • tambah kicap+sos cili sket
  • masukkan megi yg telah ditos setelah direbus
  • masukkan perencah asam laksa mamee
  • masukkan carrot & gaul sampai rata dan masak
  • masuk dalam pinggan dan sedia untuk di makan
Tukang masak/makan: sue & syarq =)


Maka terhasillah resepi yg amat mudah dan cepat disediakan..huhu~ sebabnya malas nk turun beli bahan2 laen..nak makan luar tghr da g mkn kt STRAWBERRY FIELD lg...mula2 ingat nk buat kuey teow goreng tp sbb kemalasan tahap gaban, masak jer la aper yg ade kat umah ni..time kaseh kat NAT kerana sudi mendermakan sosejnyer..kalu x kosong ajer la megi goreng yg kami(aku+syarq) hasilkan.. SEDAP HINGGA MENJILAT SUDU..hiks'

p/s: td makan kek coklat che' pa buat..ari tu pom da mkn da..

p/s 2: x abes2 update blog pasal makn..huhu~

Tuesday, February 24, 2009

ceRita buDak skoLah

Cite ni dikaryakan ms aku form 4.. pada asalnya, idea & tulisan membe aku,merangkap dormate aku ms skolah menengah dulu, Nur Annissa Syuhada Bt Basaruddin (nama sebenar..hehe).. Lepas tu aku jd tkg tmbah cerita & jd la idea dan tulisan bersama plak..huhu…cite ni kitaorg tulis untuk disumbangkan dlm majalah skolah(majalah MURNI) actually.. Here it is… (Hopefully, u are not getting bored to read this story until the end..huhu~)

KERANAMU IKA..

Zairul menatap wajah pucat tidak bermaya milik Ika. Hatinya benar-benar diragut kepiluan yang teramat melihatkan keadaan Ika yang terlantar lemah. Zairul menahan sebak di dada. Sedaya upaya dia

cuba

untuk tidak mengalirkan air mata namun, pada saat itu dia tidak berupaya lagi, air mata lelakinya yang tidak pernah mengalir selama ini tumpah jua menuruni pipi cengkungnya. Setitik demi setitik mutiara jernih itu keluar dari kolam air matanya.

Perlahan-lahan Ika membuka matanya. Zairul lekas-lekas menyeka air matanya. Dia tidak mahu Ika melihat dia menangis. Dia tidak mahu menambahkan lagi kesengsaraan Ika dan melemahkan sisa-sisa semangat Ika ada untuk berjuang meneruskan hayatnya. Dia harus tabah demi Ika! Dia inginkan Ika yang lincah dan ceria seperti dahulu. Dia ingin melihat Ika sihat sepeti sedia kala. Namun, di hadapannya kini hanyalah seorang gadis yang terbaring lesu, hanya mampu menanti saat dijemput pergi mengadap Sang Pencipta. Di sebalik sinar maata Ika yang tak bermaya itu, Zairul tahu Ika masih menaruh sisa harapan untuk meneruskan hidupnya.

Demi terpandangkan Zairul berada di sisinya, dalam kepayahan Ika cuba mengukir senyuman semanis mungkin buat sahabatnya itu. Walaupun senyuman Ika tidak seceria dulu, namun cukup bermakna buat Zairul. Zairul tahu, sedaya upaya Ika cuba menyembunyikan penderitaan yang dialaminya di sebalik senyuman yang cuba diukirkan. Air mata Zairul tumpah lagi melihatkan keadaan Ika itu.

“Arul..maafkan Ika atas segala kesalahan Ika selama ini.” tutur Ika perlahan dan kadangkala tersekat-sekat. Zairul hanya mampu menahan hiba yang semakin mencengkam.

“Ika tak pernah buat salah dengan Arul, tapi Arul yang selalu sakitkan hati Ika. Arul yang patut minta maaf banyak-banyak dengan Ika. Maafkan Arul, Ika.” ujar Arul dengan nada yang lemah.

Ika tersenyum mendengar kata-kata Zairul.“ Ika dah lama maafkan Arul. Arul kan kawan Ika yang paling Ika sayang”, suara Ika kedengaran semakin lemah di pendengaran Zairul. Zairul terus menatap raut Ika yang pucat tak bermaya itu. Hatinya semakin diruntun pilu.

“Arul, Ika mengantuklah. Ika nak tidur. Kalau Ika lambat bangun, tak usah kejutkan Ika ye.” Bisik Ika ke telinga Zairul. Walapun Zairul berasa pelik dengan pesanan Ika, dia tetap mengangguk lantas membetulkan selimut yang menyelubungi tubuh Ika. Mata Ika tertutup perlahan dan terus lena. Zairul menatap wajah tenang Ika yang sedang lena itu. Fikirannya menerawang mengenang kembali hari-hari yang dilalui bersama Ika.

Petang itu, Ika datang ke rumah Zairul. Zairul membuka pintu setelah mendengar suara memberi salam beberapa kali. Ika yang ayu bertudung biru lembut tercegat di muka pintu rumahnya sambil tersenyum manis. Zairul membalas senyuman Ika lantas membuka grill pintu rumahnya dan mempelawa Ika masuk ke rumahnya. Ika membawa beberapa buah buku ditangannya. Zairul pasti, Ika tentu ingin menyuruhnya menyalin nota-nota yang diberikan guru mereka semasa di sekolah tadi kerana sudah tiga hari dia tidak ke sekolah. Zairul digantung persekolahannya selama dua minggu kerana mencederakan seorang pengawas yang melaporkan kegiatan dia dan rakan-rakannya menyertai lumba haram kepada guru disiplin.

“Ika bawakan nota untuk Arul, salinlah. Nanti Arul ketinggalan.” Zairul tersengih menyambut buku yang dihulurkan Ika. Mereka duduk di sofa di ruang tamu rumah Zairul.

“Arul tak serik-serik lagi ke?” Soal Ika.

“Kenapa Arul nak serik pulak?” Soal Zairul kembali. Acuh tak acuh sahaja. Ika mengeluh.

“Dah berapa kali Arul dipanggil cikgu Saiful sebab buat salah? Macam-macam hukuman dah pihak sekolah kenakan. Lepas ni Ika tak tahu apa lagi kesalahan Arul nak buat.” Ika mula membebel bertujuan menyedarkan Zairul. Zairul hanya membisu.

Memang betul apa yang Ika katakan. Sudah banyak kali dia melakukan kesalahan dan sudah kerap kali dia dia dipanggil guru disiplin dan pelbagai bentuk jenis hukuman sudah dikenakan terhadapnya sampaikan pihak lembaga disiplin sekolah sudah muak dan lali melihat mukanya apabila setiap kali kesalahan disiplin dilaporkan. Zairul berada di kedudukan teratas dalam senarai sepuluh orang yang paling kerap melakukan kesalahan. Kalau dulu dia memang cukup terkenal di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang akademik dan kejaguhannya dala bidang sukan, sekarang dia kenali kerana salah laku disiplinnya.

Sebut sahaja kesalahan apa, mesti nama Zairul tercatat. Kalau setakat ponteng kelas dan sekolah sudah menjadi perkara biasa bagi Zairul. Setiap kali dia dipanggil oleh lembaga disiplin sekolaj, Ika pula menyambung tugas sebagai kaunselor tak bertauliah. Ika akan memberi nasihat supaya Zairul berubah sikap dan tidak terus hanyut dan mengulangi kegiatan tidak berfaedah yang dilakukannya. Sudah berbuih mulut Ika menasihati Zairul, namun semuanya bagai mencurah air ke daun keladi, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Leteran dan nasihat Iak langsung tidak berbekas di hati Zairul. Tidak mampu melembutkan hati Zairul yang keras bagai batu. Akhirnya, Ika mengalah.

“Arul, cukuplah dengan apa yang Arul lakukan selama ini. Tak boleh ke Arul ubah perangai dan jadi budak baik maca dulu?.” Zairul hanya pekakkan telinga. Sebatang rokok Dunhill diselitkan di celah bibir lalu dinyalakan. Asap berkepul-kepul di udara. Ika terbatuk-batuk apabila asap rokok menusuk ke hidungnya.

Zairul bangga dengan dirinya. Dalam usia semuda itu, rokok sudah menjadi perkara biasa baginya. Malah dia sudah berjinak-jinak dengan rokok dalam usia yang masih mentah, 15 tahun.

“Arul, kenapa Arul jadi amcam ni? Arul tak sayangkan diri sendiri ke? Tak fikir masa depan?” Ika terus menyoal. Kali ini suaranya meninggi. Ika semakin geram dengan sikap acuh tak acuh Zairul.

“Ika tak faham! Situasi kita berbeza.” Akhirnya Zairul mula bersuara.

“Siapa cakap Ika tak faham. Ika faham Arul kecewa dengan penceraian ibu dan ayah Arul. Ika tau Arul buat semua ni sebab nak menagih perhatian daripada mereka, tapi Arul tak boleh jadikan ini sebabnya. Mungkin juga Arul terlupa yang ibu dan ayah Ika juga sayangkan Arul. Arul kena fikirkan akibatnya jika Arul terus bertindak macam ni. Akhirnya diri Arul sendiri yang rugi.” Ika bersuara keras. Zairul mendengus bosan mendengarkan leteran Ika.

Memang benar kata-kata Ika. Masakan Ika tidak memahami situasi Zairul. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Mereka membesar bersama dan bersekolah bersama. Kemana sahaja mereka pergi pasti bersama. Malah rumah Ika yang setentang dengan rumah Zairul bagaikan rumah kedua baginya. Ibu bapa Ika juga melayannya dengan baik, seperti anak sendiri. Apa yang Ika dapat dari kedua orang tuanya, dia turut dapat bahagiannya sama seperti Ika. Bagi Ika, Zairul merupakan kawan yang dianggap seperti adik beradiknya sendiri memandangkan Ika adalah anak tunggal kepada kedua ibu bapanya.

Ika tahu segala-galanya tentang keluarga Zairul. Keluarga Zairul mula mengalami kepincangan ketika Zairul masuk ke sekolah menengah. Ibu bapa Zairul bercerai ketika Zairul baru sahaja selesai menduduki PMR. Jiwa Zairul tertekan semenjak itu. Zairul menjadi mangsa sikap ego kedua ibu bapanya. Zairul mula berkawan dengan budak-budak nakal, mula merokok, dan terlibat dalam kes-kes disiplin di sekolah dan kegiatan liar di luar sekolah. Ika faham, Zairul bertindak demikian demi melepaskan tekanan jiwanya dan meraih perhatian daripada kedua ibu bapanya.

“Arul, tolonglah dengar cakap Ika kali ni. SPM tinggal 3 bulan je lagi. Fikirlah masas depan Arul. Jangan lukakan hati orang yang sayangkan Arul”. Ujar Ika lagi.

“Ika, boleh tak tolong hentikan ceramah Ika tu? Arul dah muak dan bosan la dengar semua ni. Ika tak payah la susah-susah nak ambil berat tentang ape yang Arul lakukan. Biar la Arul dengan dunia Arul sendiri . Kalau Ika rasa Arul ni jahat, tak layak nak kawan dengan Ika, Ika boleh pergi. Tinggalkan Arul!” Bergema ruang tamu rumah Zairul dek tengkarannya. Ika tersentak. Tidak pernah Arul tinggikan suara sebegitu dengannya. Selama mereka bersahabat sejak kecil, Zairul melayannya dengan begitu baik sekali.

“Kalau Ika fikir Arul tak layak jadi kawan Ika, dari dulu lagi Ika tak kawan dengan Arul. Tak payah Ika penat-penat bagi ceramah free kat Arul. Ika buat semua ni sebab Ika sayangkan Arul. Ika tau, Arul yang Ika kenal bukan macam ni sebenarnya. Arul yang Ika kenal, seorang kawan yang baik, selalu jaga tingkah lakunya, bijak dan rajin dalam pelajarannya. Ika rindukan Arul yang Ika kenal tu. Tapi, kalau Arul dah menyampah dan rasa Ika ni menyusahkan Arul, tak nak kawan dengan Ika lagi, Ika terima. Lagipun, Ika pun dah nak tinggalkan sini tak lama je lagi. Ika menyesal ada kawan ego macam Arul ni!” Ika bergegas melangkah keluar dari rumah Zairul. Ika tak dapat menahan lagi sebak mengenangkan sikap Zairul terhadapnya. Air matanya merembes keluar. Ika pulang ke rumahnya dan megurungkan diri dalam bilik. Kepalanya terasa amat sakit. Dia segera mencari botol ubatnya. Sementara Zairul terpaku di sofa melihat Ika pergi dengan riak sedih sebentar tadi. Kata-kata Ika tadi kembali terngiang di telinganya. Ika nak pergi? Hatinya tertanya sendiri tanpa jawapan.

Selepas peristiwa itu, Zairul tidak lagi nampak bayang-bayang Ika dirumahnya. Dia mula berfikir semula kata-kata Ika sebelum Ika meninggalkan rumahnya tempoh hari. Ika sudah pergikah?Ke mana? Hatinya tertanya sendiri lagi. Hatinya mula dibaluti rindu. Zairul mula menyesal atas sikapnya terhadap Ika tempoh hari. Zairul rindukan Ika yang sentiasa di sisinya tidak kira dalam apa jua keadaan pun. Dia rindukan suara lembut Ika yang tak jemu-jemu memberi kata-kata semangat, nasihat dan dorongan kepadanya. Dia juga rindukan gelak tawa dan raut wajah manis Ika yang sentiasa tersenyum.

Petang itu, Zairul bertekad ingin berjumpa Ika dan meminta maaf atas sikapnya terhadap Ika. Zairul pergi ke rumah Ika mencarinya. Bagaikan halilintar menyambar menyambar, Zairul terkejut bukan kepalang apabila orang gaji di rumah Ika memberitahu bahawa sudah seminggu Ika terlantar di hospital. Ika menghidapi barah otak tahap kronik. Sudah setahun Ika menderita. Ika tidak pernah sekalipun memberitahunya tentang penyakit yang ditanggung. Patutlah kerap kali Ika pengsan di sekolah. Apabila ditanya, Ika menafikan dirinya sakit, katanya cuma terlalu letih. Rupa-rupanya Ika menderita melawan sel-sel barah yang merebak di otaknya. Hari ini, Zairul menangis hiba di sisi Ika melihatkan keadaan Ika yang tenat melawan penyakitnya. Zairul menginsafi diri sendiri.

Lamunan Zairul terhenti tatkala seorang doktor dan jururawat masuk untuk menjalankan pemeriksaan ke atas Ika. Zairul beralih tempat duduknya dan memerhati Dr. Hafiz membuat pemeriksaan ke atas Ika. Zairul berasa berdebar-debar melihat perubahan air muka Dr. Hafiz dan berpandangan dengan jururawat yang mengirinya. Dr. Hafiz menggeleng memandang wajah Zairul yang menagih jawapan daripadanya.

“Maaf dik, pesakit sudah tiada”. Ujar Dr. Hafiz perlahan.

Zairul kaget. Ibu bapa Ika yang kebetulan baru tiba terkaku si pintu wad Ika mendengar penyataan Dr. Hafiz.

“Innalillah wa innalillahi rojiun..” Zairul menyebut perlahan. Ibu bapa Ika menghampirinya. Jelas tergambar riak kesedihan di wajah mereka. Hati Zairul begitu sedih. Air matanya mengalir tanpa dapat di tahan. Tidak pernah dia merasakan kesedihan sebegini pedih. Dunianya terasa sepi kini. Tiada lagi Ika yag akan menemaninya. Keluar air mata darah sekalipun, yang pergi tetap pergi. Ika takkan kembali lagi. Kalau dia tahu Ika akan pergi secepat itu, tentu dia takkan menyakiti hati Ika waima sebesar kuman pun. Namun, segalanya adalah ketentuan yang Maha Esa.

“Arul kena redha dengan pemergian Ika sebagaimana kami redha menerimanya. Ika pergi kerana Allah lebih sayangkannya”. Ayah Ika memberi semangat sambil menepuk lembut bahu Zairul.

Zairul memasang tekad dalam hati. Dia akan berubah! Dia takkan sia-siakan usaha sahabat yang disayanginya demi melihat dia berubah menjadi seperti dulu. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh demi masa depannya. Dia akan merealisasikan cita-cita Ika dan dirinya sejak dari kecil. Demi menebus kesilapan dan rasa bersalahnya terhadap Ika, Zairul bertekad ingin mencapai impian mereka, menjadi seorang doktor! Dia tidak akan menghampakan harapan orang- orang yang disayanginya lagi. Ika, Arul janji, Arul akan pastikan cita-cita kita akan tercapai! Semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Perlahan Zairul menyeka sisa air mata yang membasahi pipinya sedari tadi.

Hari ini, genap lapan tahun pemergian Ika. Zairul tersenyum bangga hari ini. Dia berjaya menggenggam segulung ijazah kedoktoran setelah bertungkus lumus dengan buku-buku tebal, kuliah dan latihan di hospital. Dalam kegembiraannya meraikan kejayaannya, hatinya terpalit rasa hiba kerana Ika tidak bersamanya menggenggam ijazah yang sama seperti mereka impikan sejak kecil. Ibu bapa Ika turut bersamanya meraikan kejayaannya. Sejak pemergian anak tunggal mereka, Zairullah pengganti tempat mereka mencurahkan kasih sayang kepada anak yang sudah tiada. Zairul amat terharu dengan kasih sayang yang dicurahkan mereka. Ibu bapanya sendiri terlalu sibuk dengan hal masing-masing hingga terlupa mengambil tahu keadaannya.

Kerana janjinya kepada Ikalah menjadi pendorong kepada dirinya untuk berusaha keras demi mengejar cita-cita mereka yang tidak dapat dilunaskan oleh Ika. Ibu bapa Ika juga banyak mendorongnya. Sama seperti Ika dahulu. “Terima kasih Ika, keranamu Arol berjaya sekarang. Semoga Ika bahagia di sana”.

*** Cerpen ini ade la aku edit sedikit sebanyak dari segi penulisan kalu nak dibandingkan dengan versi asal yg kitaorg tulis.

Saturday, February 21, 2009

Makan Lagi!! (Kg. Baru)


Come again! Another entry!


Citernyer bermula begini…. Masa klas DS ari tuh, aku bukak blog syarq dlm lab sbb ade new entri sal kitaorg g mk kat Strawbery Field.. Owh amat sedap mkn di situ..yummy! Tue kali kedua ak pegi mkn c2, 1st time mkn dengan mis fiza and dak2 kat Kenny rogers..


Masa dok usha2 blog tuh, judeng tanya“korang da penah g makan kt kg Baru x?” aku jawab blom.. Mclong da teruja.. judeng pon mengeluarkan ayat nih “Jom g makan kat sana” Aku ngan Mclong on ajer bab mkn2 nih (hehehe~) and kitaorg pom plan la nk g mkn kt The Ship (Chop & Steak) ari jumaat malam sabtu(20.2.2009).. Kitaorg pegi bertiga aje (judeng, aku, Mclong)sbb skandal2 yg len ade yg blk kg, ade yg keje, ade yg x bley balik lmbat..Makan ati berulam peparu la skandal judeng yg laen tuh ye dengan kami..kui3 =))

Bajet mula2 nk g koi 8.. tp sbb kelewatan bersiap, dkt koi 9 kitaorg br gerak.. Sebenarnya aku ngan Mclong da bantai laksa kuah pekat pasar malam dulu koi 745 tuh,,hehe~ kesian juden kelaparan tunggu kitaorg.. =)


Sampai kt restoran tuh dlm koi 945 la kot lps da terkial2 cari mane la letak restoran tuh.. Ramai gak orang kt makan kt c2.. masuk restoran tuh cam penuh jer table, tiba2 nmpak 1 table org baru tinggal tp cam berebut plak ngan femili sorg pak cik tuh, cari table lain, last kitaorg duk kat table dlm ship kt bahagian tepi restoran tuh.. Romantik seyh tempat kitaorang duduk tuh kata judeng..hahaha~

Menu yg kitaorang order..


garlic bread....... chicken chop (judeng punyer)


french fries.....sizzling steak (sue punyer)


Chicken chop Golden Blue(mclong punye).apple juice, watermelon juice, laici(sgt byk buah didalamnyahuhu~)


Hmm..sumenyer lazat2 blaka..~


mclong sdg menyuap & me :)


org yg disebut2..judeng! hot stuff!! hiks..byk skandal nih..hehehe~


kat cashier.. i blanjer tp sume byr sendiri..hehehe~ total bill RM48.++


da lepas makan..kt luar restoran tuh.. amat suke ngan view di blkg tuh tp kualiti gmbar kurang memuaskan..huhu~


huhu~ade lagi gambar tak letak nih.. xnk ltk sbb nnt gmbr itu jd kontroversi & menimbulkan kejelesan di ati skandal2 yg lain kot..hehehe :p


cukuplah untuk kali ini.. takot... hiks

berBaju Kurung biRu...

huhu~, yeah i'm here again 4 the new entry...
Sebab mcLong sgt teruja dengan gambar2 dlm lab mm4 minggu lps, minggu ni skali lagi kitaorg jd mgsa camera hp ku..hehehe~
kali ni kitaorang berposing masa break klas DS sementara nk tgu kuiz, bkn sibok nk stadi sbb kuiz, tp sibuk nk masukkan diri dlm gmbar..huhu~

tanpa dirancang and may b sedikit terancang aku ngan syarq, kami bertiga yg berbaju kurung bertemakan biru..ohh..kami mmg bFF sehati sejiwa..hehehehe~

yeah!~ ni sesi memuatkan diri dlm gambar....
wuit mclong..ko telah menghalang muka ku yg chumel ni..hiks :p


eh! mane yat x masuk???? tgh stadi rupenye dia di c2.. stadi ker tu???


yatt baru muncul..

Eh, Suwari yg baru msuk lab pom bley termasuk skali dlm gambar ni..hehehe~



tq kpd aizuque yg sudi mbil gmbr setelah yat muncul nih.. :)


sempat lagi buka blog/facebook dlm lab yer.. dan tuh jari empunya tuan blog yg kitaorg bukak tuh..hehehe~ comel visit komkom di pet society..hik3


keadaan lab mase tuh....yg minah 2 org nih buat2 sibuk bc ape nih??stadi ker??

stakat ini sajalah..

Tuesday, February 17, 2009

toucHing abes...

minggu lpas aku ade beli 2 novel baru..

1. SETEGUH CINTA by durrah fatiha (alaf 21)..novel nih beli kat popular amcorp mall, sbnrnya nk cari novel andai itu takdirnya tp xde plak kt c2..usha2 novel laen, bc sinopsis novel nih mcm best trus beli...


not bad la novel nih.. tp jln citer mcm da bley agak sbb da byk sgt2 pengalaman bc novel nih...citer nih pasal Adli kawen dengan tunang kawan baik dia (Nurin) sbb kawan dia(Hadi) accident n lumpuh dkt2 majlis kawen diaorng nk langsung..pasal cinta lepas kawen lah nih kirenya.. Sebab masing 2 ingat kawen mcm terpaksa, slaloo diaorg gadoh2 berkrisis.. at last, da berbulan2 tinggal bersama, ngaku gak diaorg ni da saling menyayangi..hihi~..lps tuh ade plak krisis pasal Adli berhenti keje sbb ade org nk balas dendam buat khianat kat dia,jd la househasband je kt umah.. lama2 Nurin mcm da tak tahan dengan keadaan tuh sbb ramai yg mengata pastuh kena hasut lak ngat org jahat uh,Adli terima kerja kat capetown.. tinggal la Nurin ngan anak diaorg kat Malaysia.. Biase la bila da jauh rindu2an, mengukuhkan lg kasih sayang diaorg...huhu~layan gak la,x menyesal sgt beli novel nih..bg 4 bintang!..heheh =p

2. ANDAI ITU TAKDRNYA by siti rosmizah (buku prima)... novel nih plak beli kat mph midvalley sbb xde kat popular amcorp mall.. tergerak ati nk beli novel nih sbb bc 1 siri novel nih dalam majalah remaja keluaran 1 ogos 2008..

bc novel nih mcm2 perasan ade suka, sedih, menyampah, geram, sakit ati, kesian, sume ade.. ada sesetengah part tuh smpai nanges2 bc..huhu~
citernya pasal Aizril & Aleya yg kawen sbb perangkap tangkap khalwat yg kawan baek Aizril yang rancang.. Sebenarnya diaorang ni suka sama suka tp sebab ego Aizril yg terlampau2 tinggi Aleya slaloo jd mangsa perasaan ego Aizril.. banyak konflik, klimaks citer nih.. mmmg x nyesal beli novel ni.. layan giler bace..5 bintang!!!!!


1 novel 1 malam jer bley abes..huhu~...kalu da ade novel dpn mata mmg x ley tido slagi x khatamkan novel tuh..

p/s: x sabar nk tunggu novel karya hanni ramsul diterbitkan berada kt pasaran.. huhu~

Dlm Lab Pom jadi...

huhuhu~ entri nih pasal kitaorg yg boley berposing di mana2 sahaja ye.. kali nih dalam lab mm4 fsktm plak.. lps klas distributed system(DS), skrg nih da kompius, klas DS ke java??..hehe~... smbil2 nk tgu masing2 nk log off pc pas2 g mkn plak..ade la yg mengeluarkan idea nk amek gmbar dlam lab nih, buat kenangan di masa hadapan la kununnya.. da final year sume, nnt rindu plak x ley msuk lab nih..huhu~ ok jom, hp ku da sedia nk snap gmbar..

mula2 sowh dak faiz amek gmbr nih.

eish..dak 3 org tuh, tergelak plak..one more time ok.


ok..cun sume posing.. tq faiz coz sudi tlg amek gmbr nih.......

skrg..gmbr2 yg diambil oleh yat yg bley msk kitaorg sume..angle bek punye..hehe~


ok la tuh.. (nk lagi)2 =) yatt, syarq, mclong, suelaiey, intan..


orait..gedik2 sume.. -p


buat2 tekun dengar lecture gitu..cayalah tgn yat amek gmbar ni dgn baik skali..kui3

nih dari angle intan plak...

peace ,,\/

sesi nk muatkan diri dlm gmbr tp x berjaya sbb limited space..hehe~

ala..suku muke je masuk...lagi skali..


3 org jer masuk + tgn peace intan


yatt, syarq, mclong

sekian...
p/s...sem lepas ade amek gmbr dlm dewan kuliah(DK2)lps kls network design.. skrg nih da x msuk DK sbb xde kls kt DK..

continued (part 2)...gossip2 @ oLd toWn whiTe coffe

huhu~akhirnya...ade gak dtg mood nk menaip menyambung ceritera kitaorg nih..

lps balik dr seoul garden tuh..mcm x abes cerita lagi yek, dgn spontannye ade la dia antara kami nih mengeluarkan idea untuk lepak di OLD TOWN WHITE COFFE kt bangsar south tuh yg amat la berhampiran sgt ngan umah kitaorg nihh... nk cerita2 kt umah line x clear sbb bhn gossip ade kt umah..hehe~

so kitaorg pom melangkah la ke old town tuh..perut mcm da kenyang giler, tp xkn nk gossip saje2 jer, kering tekak beb, so arder la air sorang 1..huhu..

lyn jer la gmbar2 kt bawah nih keyh..


muka sorg2 cm penat..tp citer x abes lg.. (grup tudung itam..heheh)


demi BFF..masih tersenyum walaupom da lps tgh malam..(grup tudung putih..heheh)


mclong yg sentiase alert dgn camera sempat possingg, cda yg mmg x bley duk diam bila nk d amek gmbr, qila mcm lambat nk pose jer..hik3


lebat btoi bergossip yer..tapi topik yg muncul tiba2 "mclong ade brape baju oren?, 2 ke 1?" sape kate 1 angkat tangan, sape kate 2 angkat kaki..hehehe=).. spanjang pengetahuan aku mclong ade 1 jer baju oren yg dipakai utk g klas, dan slaloo aku ngan mclong tanpa dirancang akan pakai baju oren bersama2..sjk dari 2nd year kan lg mclong kita pakai baju oren sama2..BFF sehati sejiwa gitu..hehe..tp, yg ade 2 baju oren tu aku..

buktinya..gmbr nih ms 2nd year..nk g kls dikir barat tp kls kansel, g lepak kat tasik um..
tanpa dirancang kami sama2 pakai baju oren.
.o
oren itu menawan..... =)

setelah mclong siasat btoi2 kat biliknyer, mmg btoi mclong ade 1 jer baju oren yg dipakai g klas..hik3


sempat lagi yek yatt meng'snap' gambarku yg comey ini.. =)


syarq & yatt


last but not least..sblom nk nalik umah haruslah amek gmbar semua bersama ye..
hari pom da kol 1 lebey..old town pom cm da nk tutup, kt bhgn ats tuh da xde org..kitaorg jer yg tinggal... bill kat situ semua RM34.00

rasa cam x puas lagi la nk sembang2 nih...trus plak menuju ke uma dak qila di vista angkasa..

sembang punye sembang sampai la ke subuh..tgh sembang2 sedar2 da koi 4 lebey pagi..huhu~.alamak nnt aku keje koi 9.. aku pom tido2 ayam la smbil diaorg troskan cite dari 1 bab ke 1 bab... da azan suboh br gerak balik ke umah aku/syarq/alisa & ditumpang oleh intan, yat, mclong...aku g keje kol 9, sume tdo lg..huhu~

THE END.......
=)

Wednesday, February 11, 2009

continued (part 1)....steamBoat@se0ul gArdeN

makan slagi boley...yummy3!





aksi2 gediks..



suap menyuap mengeratkan silaturrahim.. =)




muka2 kekenyangan..






gendang gendut tali kecapi
dr universiti ke kerinchi
kenyang perut suka ati
balik universiti dari kerinchi
=)