~~c0rA+ CoReT waRna-wArNi dALam rEncaH keHiduPaN~~ "...eYes aRe wiNdoW to tHe s0uL..."
Saturday, April 17, 2010
Meroyan..
Hanya dalam masa 3 hari...
N.A.N berjaya buatkan saya terkekeh-kekeh ketawa(lega sket otak dpt ketawa)...
N.A.N berjaya mengundang pilu di hati ni...
N.A.N berjaya menitiskan air mata saya tanpa niat..
N.A.N berjayamemunculkan perasaan geram tak terhingga...
N.A.N berjaya menambah kerutan di dahi saya kerana memikirkan apak yg akan terjadi seterusnya...
N.A.N berjaya membuat saya kagum dengan cinta agung seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya...
N.A.N berjaya membuatkan saya jadi pemikir yg hebat kerana memikirkan kemungkinan yang tercapai dek akal di alam realiti...
N.A.N berjaya meguji kesabaran saya untuk sampai ke penghujung...
N.A.N berjaya buat saya meroyan kegeraman bila tau kesudahannya begitu...aaarrrggghhh
Tak lupa juga milion terima kasih kepada SitiFaizul..
yang memulakan angkara..
yg sgt berbaik ati bg pinjam..
huhu~~
eyh3, apsal cik suelaiey berbahasa sanskrit puitis sgt nieyh??hehe
nilah angkara N.A.N aka Nass Alina Noah.. ape kaitan N.A.N ni?? dia ke yang ajar??
no3.. N.A.N ni seorang pengarang..dan sepanjang 3 ari lepas,lpas balik kerja saya telah menghayati 1 novel beliau bertajuk Selamat Pengantin Baru Isteriku yang dipinjamkan oleh SitiFaizul, opismate ku dan bakal jd exopismate..hehe
Novel ni mmg best, cukup ramuan.. tapi bila sampai ke endingnya, buatkan saya geram meroyan, rasa cam nak jerit kuat2,AArrggghh(tp mmg da jerit pon tp x kuat la..hiks).. nape la N.A.N buat endingnye cenggitu..tp mmg berbaloi kalu beli novel ni, lain dari yg lain, penuh ngan misteri yang buat kita tertanya2, psycho, pasal split personaliti, pembunuhan, konflik keluarga, cinta yang tiada tandingan..mmg cukup rasa.. :)
Nilah novelnya...
Tajuk Novel : Selamat Pengantin Baru Isteriku
Karya : Nass Alina Noah
Penerbit : Kaki Novel
Halaman : 1161 mukasurat
Harga : rm36.00
Sinopsis blkang buku:
Saban malam aku menanti 'malam pertama' kita yang belum bermula...yang entah bila akan bermula dan entah siapa yang akan memulakannya. Hari-hari yang berlalu terus begitu...terus dihimpit kesedihan, pilu dan keliru. Bicara apakah yang menjadi kesalahan, hingga asmara yang baru bermula, tidak ada penamatnya. Lalu kasih sayang ini bertukar benci, menjadi sakit hati...
Abang, mulut ini telah puas berkata benci, namun hati ini sejuta kali membisikkan kata sayang. Bibir ini menyuruh kau pergi, hati di dalam menangis agar jangan ditinggalkan. Suara ini tegar mengaku rela dilepaskan, namun kalbuku dicengkam takut yang amat dalam. Takut kehilangan satu-satunya orang yang palingku sayang.
Abang, walau kau bunuh seluruh rasa cinta itu, ia tetap akan tumbuh subur dalam hatiku, sampai bila-bila...
Friday, April 16, 2010
Thursday, April 8, 2010
Lepak kat MPH
Bile berlaku?? 27.3.2010,Lepas balik keje kol 1 (da 2 minggu tp baru nak cerita sbb puting beliung rajin berhembus)
MPH mane?? MPH MidValley.
Aktiviti?? Khatamkan 1 novel, dr muka surat 1 smpai last page..hehe
Sebab?? Akan kebosanan mati kutu buntu akal fikiran kalu balik rumah. xde hiburan..huhu~
Jimat duet x yah beli novel 2, tp sakit2 la tengkuk, pinggang dan segala hehe..
Novel yang berjaya dikhatamkan??
BUKAN TAK SUDI
- KarnaDya Solutions-
Image & Sedikit petikan dari http://mimie-afinie.blogspot.com/2010/02/bukan-tak-sudi_27.html
Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.
Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.
Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.
Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.
Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.
Ohh..cite ni amat best..mmg klakar mcm 2 novel mimie afine sblom ni..terkekeh2 la gelak. x hirau dah orang nak kate ape..hehe..biasenye sume novel mimie afinie ade dlm koleksi saya, tp sbb da x sbr nk baca cite ni, tp ujung bulan plak, bajet ciput, tu melekat kat MPH tuh..
And FYI... keje giler ni berulang lagi minggu lepas(3.4.2010)..hehehe..Tp kali ni xde la sampai malam, dlm pukul 6 lebey je,hehe..kali ni khatamkan novel ni plak
Pada Angin Aku Berpesan ~ Adileah~ JemariSeni
Petikan : http://adileah.blogdrive.com/
Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?
Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!
Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?
Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.
Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?
Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.
Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?
Bencikah ini...?
Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.
Atau... cintakah itu?
Ohh..endingnye sungguh mengecewakan...:( x seperti yang diharapkan..cik suelaiey bajet nak sume novel epi ending la..hehe..tp jalan citenye,gaya penceritaan ok!bley gelak2 sorang2 kat MPH tu.. mesti kalu orang kat MPH tu tgk kate cik suelaiey ni da x betol..hehe
K la..tu je alkisah keje giler saya.
Tata.
p/s: menaip entri sambil run system bill generator ;)
Wednesday, April 7, 2010
cakkk!!!!
:D
hehe..blog bertukar wajah sket, da kena mekap..
tetiba plak angin rajin datang bile x tau nak wat ape sbb duk stanby kat opis ni..
background baru, credit to http://www.pyzam.com/bloggertemplates
cantik2 background kat situ sampai rambang mata x tau mane nak pilih..hehe
PeNyeRi
Makhluk ni adalah pemberian bos saya bulan lepas.. dapat dari jobstreet..
(barang free bagi lah, kalu x, xdemaknenye makhluk ni akn muncul kat bilik kami..hehe)
Kata bos saya, dengan adenye Bebe ni diharap bilik kami akan lebih berseri..
x cukup beseri lagi ke dengan adenya saya disini???
Almaklumlah, bilik department saya ni di huni oleh 6 orang tapi saya sorang je gadis(auwww:p)...
Tapikan, bile ade Bebe ni, boley jugak la kan saya mengisi masa lapang main2 ngan makhluk ni tp diaorang ni sume dengki, sume geram kat Bebe, sume nak buat khianat..macam2 diaorang buat, sorok dalam laci la, tumbuk2 la, cucuk sana sini..kesian kat Bebe..adoyai, macam tu rupenye bile laki2 main ngan teddy bear..hehe..
Monday, April 5, 2010
Mamai..
Memang rutin saya, bangun tido pagi2 baru terkedek2 nak iron baju..
Alkisahnya pagi tadi, mamai2 bangun terus capai 1 baju kurung ngan tudung, tros iron pas2 mandi.. Lepas mandi siap2 la mcm biase, pakai baju, letak ape yg patot kat muka,pakai tudung, da siap! Final check tgok kat cermin takot ade yang x kena ke ape, baru perasan!
Eyh ni bukan ke baju saya da pakai minggu lepas!!!!!!!! br sangkut semalam dalam almari lepas basuh..
aduihh.. nape salah amek baju mgu lepas nih.. Patotnye baju ni pakai next 1 setengah bulan la plak..
Kemamai punye pasal, sampai x perasan mase iron tuh..
Tgok jam da dkt 8.15,da agak lambat, kalu awal lg maunye gosok baju laen yang patotnye pakai mgu ni..huhu~~~
Dalam almari saya tu sebenarnya, saya da susun siap2 set baju2 kerja saya ikot urutan minggu.. sekarang sume ade 6 set maknenye 6 minggu.. Macam nak tambah lagi biar cukup 8 minggu.. maknenye nanti setiap baju saya akan dipakai 2 bulan skali je..hehehe....
Bley plak sekarang ni, rasa macam serba x kena je sbb pakai baju yang da dipakai minggu lepas nih..hehe~~