Thursday, October 8, 2009

UM is one!



Sebagai student Universiti Malaya yang terchenta, saya tumpang berbangga la jugak dengan berita ini..hehe

klik di sini untuk berita lanjut..
Tahniah UM! Kini dalam ranking 200 terbaik dunia

Lagu UM

Universiti Malaya
Kebanggaan kita semua
Bertambah para ilmuan
Di pelbagai lapangan

Kami bertekad di hati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan
Menepati wawasan

Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa

Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya

Internship

Ni koleksi gambar2 saya buat kali terakhir berkunjung ke tempat saya berpraktikal selama 4 bulan ari tu.. kali terakhirkah?? mungkinla kot.. hehe
Date: 3 OCTOBER 2009 / Saturday


ni mclong yg same berpraktikal macam saya berposs di sebelah kak ayu yang khusyuknyer wat keje.. btoi ke wat keje??hehe


opiamate ku.. kak ayu (customer service), ila&nisha (account), mclong a.k.a yanie


buat kerje ke sume ni??? :D


@opis

Itu saye (berbaju hitam).. Di situlah tempat saya buat kerja masa berpraktikal...
Di kiri saya ila, dikanan saya kak ayu..
Ni tengah mengedit report kot, sblom print, haruslah menafaatkan kemudahan di opis..
hehe.


mclong, ila, nisha


with opismate ku.. nisha, kak ayu, ila


di sinilah saya berpraktikal





yang pejam mata tu, bos saya..yg saya duk ngumpat tuh..hehe

p/s: entry raya xde pon ek.. wait n c lah..

Wednesday, September 30, 2009

Believe it..

Hari ini saya mencatatkan sejarah tersendiri buat diri saya..
Saya telah melancongkan kaki saya ke LIBRARY! Diulangi LIBRARy!
Owh saya sendiri tak percaya saya berada di sini. Sekarang ini.
Still. I dun believe this!!!
But, this is the fact right now! Again. I'M in the LIBRARY, in UM!

|Buat pengetahuan anda semua, sepanjang 4 taun saya berpengajian di UM ni, saya tak pernah menjejakkan kaki saya ke sini saja2 melainkan acara 2 WAJIB saja iaitu sekali masa haluan siswa, kena dengar ceramah pasal library ni, 2 pom saya tidor ketika mendengar ceramah tu.hehe. sekali lagi masa menghadiri kelas2 Kemahiran Maklumat masa 1st year dulu..huhu

motif melancong ke library: mengonlinekan diri sambil berlakon buat report LI. :D

p/s: sempat lagi mengupdate di library.. hehe :D

Sunday, September 20, 2009

Hari raya sudah tiba..

yea yea raya..yea yea raya..

kita layab lagu ni dulu eyh

Bila Takbir bergema - Rafeah Buang
klik pada tajuk untuk download lagu :)


~~rasa cam lawak plak tengok video klip niey..hehe

di kesempatan hari yang mulia ini,
ingin saya menyusun 20 jari tangan+kaki(hehehe) memohon ampun maaf dari ujung kepala sampai ujung jari kaki jika ade salah silap perbuatan atau perkataan. Mana la tau tanpa sengaja saya telah mengguris perasaan sesiapa. Kalu dalam sedar tanpa pengaruh ape2, berlebey2 lagi la saya mohon keampunan. Almaklumlah saya hamba Allah yang tidak didatangkan segalanya sempurna.~~macam terlebey puitis plak perenggan ni eyh~~

terima la lagu ini plak... dari jauh ku pohon maaf - Sudirman
klik pada tajuk untuk download lagu :)



Marilah kita bermaaf2an dan kunjung mengunjung kawan2 & sanak saudara di bulan syawal nan mulia ini. Dapat makan mcm2..hehe

0 - 0 keyh!

Saturday, September 19, 2009

ooo..balik kampung!!!

Hari ini.. Sabtu 19 September 2009
Hari Balik Kampung...YYYYYyiiiiiiiihaaaa
;)

10 am: Bertolak ke Kemaman menaiki Utama Ekspress :D



2++ pm: Sampai Kemaman, 1 Family tros bertolak balik kg ayah, Setiu Terengganu

Klik di sini utk download lagu BalikKampung - Sudirman
p/s: mesti happening buka puasa ramai2 dgn sanak saudara kan???

Friday, September 18, 2009

jom layan..

jom layan lagu ni amek mood raya..



sambil2 tu hayati lirik lagu ni keyh..amat menyentuh jiwa raga sanubari..

Raihan & Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Klik pada tajuk untuk download lagu ni.

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Best lagu nieyh!
:)

p/s: x sabar nk balik kg jupe ma ayah..

Thursday, September 17, 2009

tak sabar3x..

idea agak kurang kebelakangan ini ditambah plak perasaan malas berganda2 nk update blog..
time je la yang ini dulu keyh.. :)

1) tak sabar nak abeskan Latihan Industri (LI) di sini, esok adalah hari last saya bekerja di kompeni ini..yyyyyiiiiiihhaaaa.. yabedabedabedu..
semalam 16/09/09 lecturer saya, Dr Ng telah melawat kami di sini. Hopefuly sume ok & saya dapt menamatkan pengajian saya dengan jayanye(ayat cm skema spm plak rasa, hihi)..
keje kat sini kdg2 best, tp ade jugak yg x best. Bye2 sume staf disini yg mcm2 ragam..espesely ms L yg bagi mcm2 keje, yg kdg2 marah sy x tentu pasal walaupon bukan salah saya,Ms Mok yg suke bg keje remeh temeh, k.ayu yg slalu menumpangkan kami balik, dll yg x sempat nak ditaip di sini sbb takot Ms L bebel lagi :)..

2) tak sabar nak tunggu ari sabtu (19/09/09) sebab nak balik kampung (kemaman).yyuuhhuuu.. memandangkan saya da habes LI saya dapat balek kg lama2. Bley lepak2 kat umah dulu sementara cari/dapat keje.

3) tak sabar nak raya..hehe.. taun ini saya akan beraya di kampong ayah saya di setiu, Trg. setelah bertaun2 tak beraya di sana, taun ni kami sekeluarga akan beraya di sana plak. Mungkin raya taun ini akan berlainan la sket dari taun2 lepas sbb da lama tak jupe atok, nenek. sedara mara sepupu sepapat belah sana. Rasanya cam ade jgk yg x kenal da..hehe

Ok la.. cukup la setakat ini dulu.

Kawan yang Baik..

sekadar memeriahkan blog yg da nak bersawang balik ni..huhu

jom renung2kan.. adakah kita kawan yang baik????

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

**petikan daripada sini

renung2kan dan selamat beramal
semoga kita jadi kawan yang baik

Monday, August 31, 2009

MERDEKA

Tanggal 31
Bulan lapan
lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan
lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan
lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
~sudirman, 31 Ogos~



kepada sume rakyat MALAYSIA..

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

selamat hari kemerdekaan yang ke 52

syukur.. Malaysia bebas dr kuasa penjajah. dan maseh aman makmur walaupun berbilang kaum, bangsa, budaya... HIDUP 1 MALAYSIA ! :D

P/S: bebaskan juga diri kita dr anasir2 jahat.

Friday, August 28, 2009

KetiKa InI..

Ketika Ini.. owh ini bukan pasal lagu estranged, ketika ini :D ..
Saya nak gtau ape saya buat ketika ini pada detik 9.25pm 28 Ogos 2009..Hiks
Ketika ini.. saya tengah membilang detik waktu mahu balek ke kampung. Yeah!
balek kampung! oooo balek kampung oooo balek kampung, hati girang.............
huhu~Sangat tak sabar!da 2 bulan lebey kot x balik kampong..RENDU100x..

rendu kat ma & ayah..
rendu kat adek2..
rendu suasana rumahku syurgaku..
rendu nak berpuasa, berbuka & bershur kat rumah....
rendu sume makanan yang ade di Kg Geliga, Kemaman, Terengganu :D

Saya akan naek bas pukul 11.59 malam ni.. Sampai ke kampung halaman mungkin kol 5 pg esok. Ngam2 la kan sahur kat umah. yeah! x sabar3.. nak makan lauk ma masak. huhu~~
Adek saya pom ade mesej td, ade cheese kek menanti saya dirumah. suke3. lagi la x sabar nk smpai umah. Rumahku! Nantikan kepulanganku!hiks :D
Sangat jeles ngan McLong.. ketika saya sedang membilang detik waktu ketika ini dia mungkin da sampai di kelantan sbb dye da naek flight kol 7 lebey td. tak aci! ;P

Cerita cuti..
Masa kat opis td, cam takot2 gak la nk mintak cuti. da la last2 menet br nk gtau nk cuti esok.
K, 1st Mclong dulu g cakap ngan supervisor kitaorang, Mr S nak cuti. Da kena bebel2 sbb mintak cuti last menet, dye suh tya aku dulu, Ms L nak bg aku cuti tak. Kalu Ms L bg aku cuti maka Mclong dapat cuti gak. Aku pom terus la tya Ms L bley x nk cuti. Tros dye cakap bley. K, selamat! kitorang dpat cuti esok. Bley la balek Kg ngan hati yang tenang.
Kalu xdapat cuti td, ingat nak ponteng jer esok. Ari sabtu bukan aku ade keje pom kat opis. Wat filing jer sket2. pstu melangut dpn PC surf tenet. JUdeng yg x berkenaan mintak cuti pom senang2 Ms L soh cuti. Tak Aci! X mintak cuti pom dye bley cuti gak. Memang Mama L aka Ms Low pilih kaseh.. sayang judeng lebey.. x adil3.. ;P Nampak sgt kan xde keje. sbb tu dye bg cuti ramai2..huh~~

Ok la.. sgt excited nak balik umah. idea da ilang. Nak siap2 g puduraya da..

tata

p/s: bos da warning ari selasa kena masuk keje, tp tiket balek KL ari selasa kol 11pg. cane??
huhu~


Friday, August 21, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN

SEMPENA KEDATANGAN BULAN MULIA LAGI BERKAT NI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN
SELAMAT BERPUASA KEPADA SUME UMAT ISLAM DI MANA2 SAJE BERADA.

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puase dengan sabar dan sempurna.


Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters


p/s: fadilat ramadhan

Wednesday, August 12, 2009

cerita

Ok.. nak citer sket..
Semalam 110809. Hari makan byak. HUHU.. 3 kali makan nasi!1 Kali mkn laksa.
isk3..sue!! ko nk jadi "cik temb"??!!!
opkos la x mau..tp da makan nak wat cane?? :)

k, pagi.. beli nasi lemak mak cik sayang kat stesen u wat breakfast kat opis. tau je la kalu ns lemak makcik sayang tu, mmg banyak, penat nak abeskan sebungkus tuh. mmg kenyang!

tengahari plak, g lunch kt medan selera kat downtown cheras tu, rs cam tak lapar sgt tp rs cm teringin nk mkn asam pedas.. mkn la jugak nasi kt situ berlaukkan asam pedas pari+ulam2an ngan mclong.. byk la plak mak cik kedai tu letak nasi, tp gagahkan jugak abeskan. huh berjaya abeskan and mmg FULL giler..

Balik keje kol 6, saya ngan mclong ikot Indra g wat case jap kat shell, lps 2 dye antr balik. Sblom tu dye ajk g mkn nasi kukus plak kat pantai dalam. k, makan nasi lagi for the third time! kenyang lg! time kaseh indra sbb sudi blanje student cm kami nieyh..hehe

Smpai uma maghrib, tros smyg siap2 nk g gerai konvo kt UM plak ngan qila, mcLong & Fyna. owh..gerai konvo taun ni mmg x best. semakin suram berbanding taun2 sebelumnya. grai2 pon suda semakin berkurangan. nape yer??? Rasanya pesta konvo masa 1st & 2nd year dulu paling best, paling meriah. siap ade fun fair bagai lagik. huhu

k, jalan2 kat gerai konvo tuh, melawat gerai demi gerai, tiba2 fyna terpijak selipar saya dan tamatlah riwayat selipar tuh. putus!. jalan la seret2 g cari selipar murah2 kt c2.. dapt la 1 selipar rm8 jer tp comey berwarna warni lagik..hehe. Da hampir abes melawat gerai2 tuh, tetiba kami terserempak ngan seseorg yang nampak mcm x siuman tp pakai baju kurung cantek..Kecoh la plak lepas tu ade 1 kapel gado2 tgh2 org ramai tuh and org yg nmpak cam x siuman tu terbaring kat tgh2 jalan. ramai la org kerumun kt tempat kejadian tuh. siap ade polis smpai bagai.tp tu sebenarnya adalah gimik semata2. kitaorg pom menyebok la skali kt tmpat kejadian tu sbb nk tau ending gimik tu sbb da syak masa terserempak "org" td tu.Dak2 Law yg punye kerja. Dyeorg berlakon utk MOCK TRIAL show pd 12-15 Aug 2009 (8pm)@ Fak Law (x ingat la nama audi kt fak diaorg tuh) :).

K, lepas selesai di tempat kejadian fyna ngan qila nak makan. so, kitaorg masuk gerai kedah. diaorg sume bantai char kuey teow, sy plak mkn laksa. mn bley tgk jer org mkn. x syokk..kna la join skali kan, walopon da makn nasi 3 kali..hiks :) adoiyai..banyaknyer makan.. xpe2, nnt laen hari mkn sket plak.. kire mkn smalam jamak untuk ari2 laen la eyh..hihi

cukup la cite ni..ade keje la plak. kna format pC., ciss!!

Monday, August 10, 2009

CONGRATULATIONS!!!

KEPADA MEMBE2 YANG AKAN/TELAH KONVO TAUN INI...

zwani.com myspace graphic comments

zwani.com myspace graphic comments


ESPECIALLY..

BATCH 05/06 FSKTM UM..
YATT, AQILAH, ALISA, WAN RAI, HANANIEY, C-MA, CHE' PA, FUNNA, NOEIN, AINUL DLL LG, BUKAN XNK SEBUT, TP NK JIMAT MASA MENAEP KAT OPIS NIEYH..HEHEHE

KAWAN2 DR FAKULTI LAEN UM..FADHILAH(FS), DILA & ZAINUN (APM) DLL

ZARINA HARIS, AMALINA, SYAFEEQA,DLL DI UPM

HAZRINI, WAHEEDA DLL DI UPSI

BAITI DLL DI UITM SHAH ALAM

KAWAN2KU DI UNI2 LAEN..

TAK LUPE JUGA OPISMATE KU..
NISHA ZAINAL, UKM

:)

p/s: jom serang gerai konvo UM!!

antara 2

time2 xde keje ni, mula la pikir mcm2 nk merepek.. hati saya sedang tertanya2

mane lebey penting????!!!!!!!

Menjaga hati & perasaan orang laen tapi hati sendiri sAKIT/terluka

atau

jaga hati sendiri supaya tidak TERGURIS & BERSEDIH tanpa mengendahkan perasaan orang laen??

ape nak buat bila terpaksa memilih situasi camni??

gambar hiasan semata2, cantiknyerr possing :|


Don't flatter yourself that friendship authorizes you to say disagreeable things to your intimates. The nearer you come into relation with a person, the more necessary do tact and courtesy become.
Oliver Wendell Holmes

p/s: ""vulnerable""

Monday, August 3, 2009

kitty



ini KITTY..
KITTY ini tinggal dlm tray kat atas meja saya kat opis..
KITTY ini diberi oleh ms MOK (account manager)..
Sebenarnya KITTY ini dijumpai Ms MOK dlm drawer ms Liew setelah dye resign...
Kate ms MOK, sebab saya paling mude dan comey(hehe comey ker???) dlm opis kat bawah ni, jd dye serahkan KITTY-KITTY tu pade saya buat maen2.. hihi
ms MOK beri saya 6 ekor KITTY sume nyer..
saya telah beri kepada mclong 3 ekor, & dye beri qilah sekor..
maknenyer, dgn mclong ade 2, qila ade 1, saya ade 3 (kaler biru, purple & coklat)..

TAPI.. sekarang saya diselubungi misteri..
2 ekor daripada 3 ekor KITTY saya telah lesap..
tinggal sekor jer (kaler purple)..
:(( :((

saya tertanya2.. mane 2 ekor KITTY tu pegi..mane?3x
adekah dye berjalan2 melawat sedara mara dye kat ats?? mclong kate xde, elok jer 2 ekor kt ats meja dye tu..
adekah dye telah diculik oleh org yg x bertanggungjawab???

jadi kepada sape2 yang mempunyai maklumat mengenai misteri ini, sila hubungi saya..kesian saya tengok kitty purple nieyh..mesti dye rindu kt sedara dye lagi 2 ekor tuh..

hihihi..


motif entry: merepek sebab xde keje sangat..hehe:p

Thursday, July 30, 2009

koleksi novel saya



Tajuk: ILHAM HATI
Penulis: Damya Hanna
Terbitan: Alaf21 Sdn Bhd

huhu~ Mcm da lama x layan novel Damya Hanna.. sblom ni sume koleksi novel damya hanna aku baca tp Ternyata Cinta yg kuar sblom novel ni tak terbuka hati lagi nak bc.. tapi novel ni menarik minat aku nk beli lps bc sinopsis belakang buku ni. Puas hati la layan novel ni. Mcm laen sket.. Novel ni pasal Rian yg berubah laku bila hilang ingatan lepas eksiden tp dye hilang ingatan yg beberapa taun sblom eksiden tu jer smpaikan dye da kawen ngan Hanif pom dye x ingat..

Sinopsis :
RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?


Tajuk: HANYA DIA TAHU
Penulis: Aleya Aneesa
Terbitan: Alaf21 Sdn Bhd

Novel2 Aleya Aneesa sume aku layan tak tinggal 1 pom..So, novel ni haruslah wat tambah koleksi..

Sinopsis :
ARIANA melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak-balik.
Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang yang sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.


Tajuk: BILA DAH SUKA
Penulis: Mimie Afinie
Terbitan: Karnadya

Novel2 Mimie Afinie ni mmg tak boleh tinggal utk aku buat koleksi, ni yg latest..

Sinopsis:

Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.

MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...




http://biarlahymberbicara.blogspot.com/

Tajuk: BIARLAH YM BERBICARA
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan: Kaki Novel

Novel ni aku beli masa Book Fair kt PWTC bln2 lps..hehe.. puas ati dapat layan novel ni dlm bentuk buku..masa novel ni kt blog je,mmg x sbr2 nk tau smbgn citer ni smpi abes.. skrg ni plak da ade smbgn novel no plak kt blog penulis..best3x..bc novel ni mmg senyum memanjang.. best sgt.. aku da khatam bbrp kali da ;)
Klik kt link bawah buku utk info BYMB yg byk nyer..

p/s: byk lagi koleksi novel yg x update..
p/s 2: tak sabar nak tunggu Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul plak.. :)

Wednesday, July 29, 2009

layann..

sekadar nak memeriahkan blog yg da bersawang nih..

AKU RINDU SAYANG KAMU, Black Mentor 3

siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah Ini Di Namakan
Cinta Oh
Menjadi Aku Yang Hina

Apakah kau rasa Sepertiku
Rasa Hari-Hari ku Tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh

Aku Rindu Sayang Kamu
Matamu ,Aku Cinta
Kepada MU Sayang Kamu

Dapatkah Kau Rasa Sepertiku
Rasa Hari-hariku tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh

Aku Rindu Sayang Kamu
Matamu ,Aku Cinta
Kepada MU Sayang Kamu

klik pd tajuk lagu untuk download lagu ini.. ;)

p/s: ulang2 dgr lagu sama kt opis..layannn..

Wednesday, July 15, 2009

transformers

huhu~ sudah bermingu2 x buat entry kt blog.. cite pom mcm da nk lapok.. mcm xde ms nak menaep.. sebab?? kt opiss keje da bertambah sket lepas ms liew ngan geik leng resign,akhir bulan lps. ms L ngan ms M berebut2 pgl aku nk bg task..adoiyai..fenin aku dibuatnyer..diaorg ni 1 peel gak, mcm pakat2 nk bg task kat aku, perlu ke bg task serentak pas2 stp sorg skali bg 2-3 task or lebey..aku plak da fenin x tau nk wat yg mn 1 dulu, tp ape2 pom, task ms L kena dulukan br task ms M.

lps ms Liew ngan Geik leng resign, ade sorang staf baru msk ganti ms Liew, bhgn akaun. Surprise jgk la kan, diaorg ni amek dak melayu. Nama dye Nisa..Yeyeye ade kawan baru. xde la aku blur sorang2 jer kt bawah ni, xde la aku ngan mcLong jer terkontang kanting kt sini masa lunch. huhu

ok, masuk citer len, x best la citer kt opis ni kan. aku yg bercerita pom rs bosan apatah lg kalu ade la org nak baca bebelan aku yg merapu meraban ni kan..

Transformers: Revenge of The Fallen
huhu.. transformers da nak abes tayang br aku bersempatan nk update psl nih..



Aku tengok cite ni 3 kali k kt cinema,..huhu~ kali pertama tgk,kt GSC midvalley, ari ke3 cite ni kua..

Bertarikh 25 Jun lalu, aku dan kawan2 telah menggagahkan diri g tengok muvi yg ditungu2, TRANSFORMERS: Revenge of The Fallen bertempat di GSC Midvalley koi 11 mlm. Kami da beli tiket awal2, ari isnin lg da beli,tu pom dapat tempat 3 dari depan. tp sebab da x sabar2 nk tgk, pasrah je la.huHU~mmg x lepas 1 saat pom setiap babak citer tuh..kagum! best!


urff.. gmbr x memuaskan...

kali ke-2 aku tgk pd 1 July 2009 kt IMAX, kt time square plak ngan mclong + qila jer. balik keje tros g time square, lps solat asar, duk kt surau smpi solat mghrib,pastu g amek tket yg qila da book, dlm kol 8 cmtuh, g mkn kt Penang Village dulu, mkn kt sini best, tp service lmbt la sket.dkt kol 9 br kitaorg dpt mkn, mkn cpt2 sbb muvie stat kol 9,lps mkn berlari nek tgkt 10, ngam2 je masok cinema muvie pom stat..x best la kusi dlm IMAX tuh, sakit2 rs badan duk 2 jam stgh dlm tuh..tp tgk kt screen besar best..huhuh~ abes muvie plak berlari kua nk kejar monorel..smpai kl sentral, nek teksi balik kerinchi..huhu

kali ke-3 plak aku tgk sebab neeza yg blanjer. kalu duet sendiri xde maknenye aku nk tgk lg, cukup la 2 kali.. kali ni pom tgk kt IMAX jgk sbb kt GSC mcm da penoh jer..intan pom ade join skali. smpi kt time square dkt kol 12 trus g beli tiket kt imax.. show pukul 2.. smntara tgu intan sampai, jln2 dulu, intan da sampi g mkn kt foodcourt.. kali ke-3 tgk mcm da x excited sgt da.. da ingat sume jalan citer.. yer la, dlm ms 2 minggu, da 3 kali tgk..mau tak ingat..hhehe.. infinity stars utk cite nih.best!!!! Lps tgk muvie tu round2 kt time square, kt sg. wang, neeza jer shoping, aku cuci mate jer la.. kewangan x mengizinkan..hehe.. sblom balek mkn kt secret recipe kt imbi tuh. smpai uma, buat ape yg patot, tros zzzz..



Tuesday, June 30, 2009

22nd Burfday

pada 22 tahun dulu bertarikh 30 jun, lahirlah budak yg x brp nk comel mcm kakak dye (sebab kakak dye perasan comei sgt)..hehehe


sile tgk saje yer, jgn nk bandingkan sape lg comey..lalala~ ;p
ini gmbr 3-4 taun lepas..gmbr terbaru dlm enset x bley nk transfer kt opis nih..

to my dearest sis.. wanna wish you..

zwani.com myspace graphic comments



zwani.com myspace graphic comments



**ini pom gmbr bertaun2 lepas..

inilah adek saya, NURUL AIDA BINTI SULONG..muda setahun jer dari saya, sdh bekerja d jabatan kerajaan(sbb tu kakak dye slaloo pau duet gaji dye..hiks)sdh berboypren, x mcm kakak dye yg masih single mingle(ish nyebok plak kakak dye nih nk gtau dye single lg..hiks:P)

di kesempatan ini sy sentiasa doakan smoga adek saya bahagia & ceria2 slaloo, murah rezeki (bley kakak dye pou slalu ;P) dipanjangkan umor,dan slaloo berada dlm limpahan rahmat & keredhaanNya..

p/s: nk bg adiah birthday ape ek kt bdk ni..

Saturday, June 27, 2009

sebelom & selepas

ini adalah KRR amcorp sebelom & selepas di renovate.. mmg totally laen..

Dining sebelom..


Dining selepas..



front of the house sebelum


front of the house selepas

bhgn dapor x berpeluang nk amek gmbr..lgpom agk P&C punye tempat utk tatapan umum,huhu

pada 18 jun lalu sy telah buat kunjungan pertama saya(ecece mcm kunjungan vip nyer ayt la plak..hiks) bersama mclong&aqilah ke KRR amcorp mall lpas sy resign scara rasmi pada 22 mei yg lalu.. mcm biase, kami mkn gn kupon keyh..:)




ini sy punye meal.. biase time keje dulu sy mkn meal mcm ni la.. kt tmpt laen x bley nk mintak mcm ini, sbb kang ade kna maki ngan FBA yg amek order tuh, yer la nk side dish TCO tp nk timun jer(jd FBA yg buat order kna la pilih timun dalam cmpuran TCO salad yg ade timun,tomato,bwg,capsicum,hehe), nk crisp garden salad tp nk salad jer patotnyer salad tuh xde dressing, tp morni terletak plak, jd salad tu bg kt mclong, morni bg salad lain yg xde dressing..hehehe.. morni bg air coke n buah lebey, byr pom bkn hrga sbnr,hehe..ms sy keje pom, sy buat cm2 gak bile ade membe2 dtg..kihkihkih


ini meal mclong..bykkn? utk 1 portion side dish.. KRR Amcorp mmg the best.. xley lawan tempat laen..hiks..sblom ni da mkn kt AEON AU2, setapak, cheras leisure mall, midvalley, kl sentral, times square, genting..tp krr amcorp gk best...bkn saje2 nk puji krr amcorp sbb keje kt c2, sy jugak penah keje kt AU2 ms KRR amcorp tutup utk renovation ari tu, cube r korg pegi mkn kt laen2 KRR, mmg x sama rs stp restoran, bkn sebab bhn laen, tp cara FBA tu buat product, kdg2 diaorg ni maen bantai buat jer product, x ikot reciepe guide.


ini aqilah & mclong yg suke menguruskan pipi bile bergambar..

ini saje nk gtau.. mls da nk curik2 taip entri kt opis nih.. asek2 kna pndg kiri kanan, asek2 kna minimize..hiks
tata ;)

Balik Awal..

Huhu~ buat pertama kalinya hampir sebulan bekerja di kompeni ini, kami(saya, mclong & judeng) balik awal dr opis hour semalam(26/06/09)..rs sgt teruja dpt bbs dr keserabutan dengar suara ms L. Lgpom bkn senang kompeni ni nk bg blk awl.. Dengan beralasankan mahu ke fak antr borg pengesahan tempat LI, kami berjaya!huhu~

hmpir seharian saya d opis semalam, sy rs amat3 serabut. x tau knape. sy rs amat bingit & serabut kdgkala jd geram bila dengar suara ms L.x kira la Ms L bersuara dengan sape2 pom even dgr ms L duk ckp ngan supplier/client kt tepom pom sy rs hangat jer dalam ati..Mood keceriaan sy d opis telah musnah disebabkan ms L.. huhu~

ms L plak, bila da tau sy nk blk awl, x putus2 bg task.. ms sy tgh bosan & bersenang lenang xde plak nk bg task mcm tu. adoiyai! bile da siap kemas2 lptp bagai,da nk kua opis kol 3.30 tu pom smpat lg nk mencuakkan sy, ckp sy x antr lg emel quotation kt die, padahal sy da antr, die yg x check btoi. sy x bersalah k! asek nk cari slh org jer walaupom diri sendiri yg bersalah.x suke3!

dlm pukul 340 cm 2, grk dr opis g fak. Smpi fak dlm koi 4 lebey,siap urusan sume, tros blik umah. sblm tu. singgah g psr mlm kinchi tuh, beli makanan itu ini.. sblm kol 5 da ade kt umah..sgt best dpt berehat2 di rumah awl smbil mkn2 mcm2.hehe..

Da malas nk membebel.. smpi sini saje..
Lokasi: di opis pada hari sabtu nan permai :)

p/s: asek dgr lagu MJ smpi bosan semalam. sume radio nk pasg lagu die aje.

Wednesday, June 24, 2009

bebelan saya

huhu~ amat bosan..ari ni xde keje sgt, smlm pom same, kalu ade task ms.L bg pom xsmpi 10 minet da siap buat..hehe, excellent x??? kui3..sayelah pkeja yg berdedikasi.. :)) x caye tya syaq.. sy hanya berYm ngan dye spnjg xde keje..tu pom kena curik2..nnt kalau boss ke ms.L nmpak, x psl2 kna sound asyek men tenet jer.. hehe (da kna la tu!)ade je side job bley buat tp 2 ari ni amat mls nk koling2 org..huhu~

drpd dilanda kebosanan x tau nk wat ape smpai kutu2 pom bergelimpangan mati x cukup oksigen sbb x de keje sgt ari ni maka saya terpaksa la merajinkan diri menaep entri utk update blog.. kunun2 berlakon rajin wat keje la nih..haha~ da sebulan lebey x update blog nih..
Semalam saya hanya menghabiskan masa melayari blog kwn2, blog cerpen+novel, blog org itu,org ini, berFB tp sumenyer kna curik2, cover line, bile boss besar o ms.L yg kuar bilek cpt2 minimize..wakakaka...nnt kalu diaorang tau saya buat keje x sepatotnyer nih, diaorg potong elaun,cane??da la elaun x seberapa,sape nk tanggung aku bln dpn?adek aku lg la jd mangsa..wakakaka..tu la,sape suroh dia da keje dulu dr kakaknya, slaloo la jd sumber kewangan org x brp nk berduet ni, hihihi...

walaupom keje saya kt sini agk senang setakat ini,buat quotation, buat p.o, wat invoice utk hardware, software, it service utk customer ngan supplier,xde lagi la task yg boleh menyerabutkan kepala otak sy nih,huhU~ Keje kt sini sgt x best..uuuwwwaaa..sbb2 nye:-

1- Orang.kompeni ini didominasi oleh chinese, di bahagian sy duduki ini, hanya sy sorg jer malay, sy x tau nk beramah mesra ngan diaorg cane..diaorg pom speaking in chinese saje, diaorg bergurau senda pom, sy hya wat muka blur, sy x paham ape yg diaorg ckpkan..entah2 diaorg bergosip psl sy dpn2 pom, sy x tau kan?kan?kan? tp mmg ade pom diaorg bergosip psl sy..hehe

2- Makan.Kat kawasan kompeni ini, ssh nk cari mkn. Hanya ade 2 kedai mamak. 1 depan kompeni 1 lg dkt surau.Saya memang x suka lauk kedai mamak!sume kari!amat x suka!x suke3! mgu 1st ari tu, sy gagahkan diri la jugak lunch kt c2, msk mgu ke-2 sy da x bley terima..sy bwk bekal kueh mueh yg sy beli d stesen u sblom sy bertolak g keje utk lunch.sy x diet k, hanya itu yg sy lalu.Hari Jumaat mgu lepas(19/6), sy telah merajinkan diri bwk bekal sy msk sendiri, walaupom hanya berlaukkan sambal bilis ngan telur dadar jer, tp nikmatnye sy ngan mclong membaham lunch pd ari itu dgn amat bynye makan.huhu~

3- Makan lg. Pagi2 kami breakfast di kedai mamak dpn kompeni ini, sbbnye kompeni ini byr RM2 sorg kalu bekpes sblom kol 830.. Kalu lebey kol 830 byr sendiri la jwbnyer..Slaloonye sy mkn roti kosong dgn teo limau kt c2..hari2 mkn benda yg sama, skrg da jd bosan. nk order yg len sy x
tau, sy x bley trima mkanan laen kt c2.. jd bwk bkl tok bekpes plak mgu ni, lunch hya kuey..lg skali, bkn bermaksud nk diet keyh..kui3..

4- Menunggu. owh..sgt x suke menunggu,sesungguhnye penantian itu 1 penyeksaan & membosankan..huhu~pagi2 tunggu bas rapid nk g mid dr stsn u(biasenye x lm sgt), pastuh tgu komuter nk g bdr tasek selatan(BTS) plak (kdg2 tgu lama, kdg2 kejap, kadangkala lama gileeeerrrrrrr),menunggu3! balik keje plak menunggu lagi, tgu bs kdg2, tp kalu kna menunggu bas dr bus stop dpn leisure mall nk g lrt BTS mmg laaaaaamaaaa.. ari sb2 ari tuh, sejam lebey tgu bas okey..sgt bosan, terseksa & lenguh kaki..huhu~ lps tuh tgu komuter lg smbl mkn kopok lekor,hehe.. tyme blk keje sgt ramai org yg menunggu..bila naek komuter berhimpit2 mcm inti sandwich kene lenyek x pom mcm ikan sadin dlm tin kemek..huhu..smpi mid tgu bas nk blik kinchi plak, adoi,.amt terseksa menunggu pastuh terhimpit2 nk naek bas sbb mkck2&pkck2 indon suke berebut2 x sbr nk naek bas, ari tuh, org x ramai pom nk rebut2 jugak, x paham!kalu jd last person nek bas tu ari tuh, ko ttp dpt tmpt duduk ok! x yh la nk rebut2 mcm bdk2 x cukup umo..menci3!

5- Curik2. Jangan salah paham.. sy x mencuri ape2 harta kompeni maupom harta persendirian...hehe.. sy kna curik2 utk mengsurf internet maupom berYm.. sy duk di dpn bilek boss besar, Ms L plak berlalu lalang.. Ms L penah tego sy, jgn dok berinternet saje, dtg sini buat keje!.huhu,sentap jap!wakaka..boss besar plak penah tego ms Liew sbb duk berMSN..so, nk berinternet yg x berkaitan kna curik2..huhu

6- Suara kuat. Sepanjang ari saya di ops ini, saya hanya mendengar suara Ms L yg nyaring dan kuat x penah berhenti, sama ade bertelepon dgn customer/supplier, suara ms L yg bermarah2an dgn engineer/technician/kami di opis ini..& most of the time die speaking Chinese! kdg2 bingit gak dgrnye kalu da ari2 dgr. Sore dye mmg kuat, sume org kt opis ni bley dgr ok.

7- Judeng. Bukan3.bkn x suke judeng.haha~ judeng amat3 baik lg budiman (ayt bodek :p).. x suke bile judeng outstation..hehe.. bile dye outstation kami kna pegi balek keje sendiri dr lrt BTS. Pegi keje kna naek teksi dr BTS, sbb bas x smpi dkt opis sini. Paham2 je la bile kena naek teksi,tmbg mahal mcm ank org kaye je..huhu~ ade pakcik teksi baek, ade pkcik teksi india yg skema aym sowh pakai seatbelt(hehe),ade yg nk keep the change tmbg,mcm2..huhu~ Balek keje plak menumpang k.ayu (kdg2 smpi BTS kdg2 smpi bus stop dpn leisure mall) o Ms Liew (smpi bus stop saje)..huhu~ da hampir 2 minggu die outstation skrg..rindu kt TAM..wakakaka:p

huhu~rasa mcm da panjang berjela sy membebel..amek ko!bebelan utk sebulan!kui3
dah la dulu utk kali ni..ntah ade org bace ke idak..huhu~

p/s: Da nk dkt sebulan keje kt sini, bile nk dpt elaun ni ek??

Thursday, June 18, 2009

Untuk Renungan Bersama

Xde keje, duk geledah file2 yg ade kt decktop laptop jumpe plak file renungan ni...

Manusia Hari Ini Suka Berprasangka
Ada sangkaan baik…Ada sangkaan buruk…

Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet =)

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka memakai susuk
Orang tampak ceria disangka ada membela…

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah swt,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,

Jauhi sikap suka bersangka-sangkakerana ia bakal memusnahkan
ukhwahseperti musnahnya kayu dimakan api…satu benda yang kita
lihat,macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat semuanya
bergantung bagaimana kita mentafsirkannya

renung2kan & selamat beramal

p/s: mood utk bercerita masih blom dtg..hu~~

Wednesday, June 10, 2009

malas..

huhhu~ lama gilerrr x update blog nih.. hampir 5 mgu kowt.. virus2 kemalasan sgt menebal dan bermaharaja lela dgn sewenang2nye dlm diri kebelakangan ni..virus2 ni mmg x dpt dihapus menggunakan sbrg peluntur anti bakteria mahu pom software2 antivirus yg ade di pasaran..da berkepam da entry2 kt dlm draft tuh x touchup utk dipublish..hiks

Sekarang nih aku da masuk minggu ke2 praktikal kt kompeni tettt(x bley ckp kompeni ape,nnt x ley ngumpat, hiks)... kt cheras nih..
stakat ni keje cm xde la tensen sgt pom, dok ofice jer buat itu ini,..

disebabkan skrg ni mood nk bercerita mmg sgt3 xde, jd itu je la nk gtau dulu..

jupe d laen cerite..

Wednesday, May 13, 2009

ABC punye pasal

8 May 2009 yg lalu.. disebabkan keinginan nk mkn ABC membuak2.. aku ngan mcLong telah ikot Syarq balik Shah Alam semata2 nk g makan ABC kat seksyen 2 yg dikatekan sedap oleh ramai org tuh..

dlm kol 1 tuh da sampi shah alam.. Syarq pom tros la menuju ke destinasi kt seksyen2.. da smpi dpn wet world..erk??? mn kedai tu.. aku salah jalan ke?? syarq da kompius.. kami pom melilau2 la pusing2 kat situ cari kedai ABC tuh..cari punye cari x jumpe2 jugak..erk mane kedai tu??pusing2 tempat yg sama jugak berkali2..x jumpe2 jugak.. dr org berpusu2 g semayang jumaat smpi org da balik semayang jumaat, kitaorg x jupe2 gak kdi ABC tuh..last2 syaq pom benti kt dpn pkns s.Alam tuh. kol kazen dier nk kompemkan kat mane kedai tuh.. ikot direction yg kazen die bg mmg kitaorg patotnye da smpi tmpat yg dtuju....da mmg btol da...nk puas ati kitaorg pegi la skali lg dpn wet world tuh..tgk btoi2 br la perasan rupenyer yg runtuhan yg ade kat situ rupenye tapak kedai tuh..2 jam pusing2 kat s.Alam dgn kete unser yg penuh ngan barang pindah dgn prot yg lapar,rs kecewa da menerjah kalbu (x bley blah punye ayat..hiks).. mcm da putus harapan kejap..huhuhu..

Lpas tuh syaq pom nk bwk la kitaorg mkn kat tesco..on d way tuh lalu kt ofis nani, ingat nk la ajk lunch same, tp ms die nk masuk ofis da suntuk.. nani pom ckp la kwn dia kate gerai ABC tu da pindah kat KFC.. harapan kitaorg pom menyinar la kembali..huhu~..pusing balik g seksyen 2 dgn harapan bley mkn ABC yg diidam2kan..

akhirnya kami pom sampai la di tempat yg betol..


ni la kedainyer....


huhu~ABC yg menjadi idaman...


x puas ati mkn 1 mangkuk jer.. aku siap tapau lg 1 wat balik..hiks.. baru berbaloi pusing2 s.Alam 2 jam semata2 nak cari ABC nih..huhu~


perot da lapar giler..xkn nk mkn ABC jerk.. order mkn la nasi goreng skali kt gerai sblh tu..rsnya biase2 aje..huhu~ yg penting, dpt mkn ABC! huhu~nyamannyer.... ;)

Lps da mkn2 kat situ..singgah la umah syarq dulu..baring2, maen2 atas katil dier, lps asar br syarq antr ke komuter nk blik KL.. smpi uma da mgrib..huhu~

p/s: nak lg ABC! syaq nk ikot kamu esok!!!!!!!!!

serupa tapi x sama???

sila anda lihat gambar dak cute lagi comey berdua ni...heheh
ini gmbr2 saya dan sorg BFF saya ilyanie a.k.a mcLong..


adakah persamaan kitaorg kat mn2???


xjelas lagi..tgk lg gmbr2 nih....
ape pendapat korang??


adekah persamaan??
persamaan adekah??
ade persamaankah???


yg ni lg..gmbr besar sket...tgk2..ade x iras2 ke ape???

kenapa saya tanya persamaan kami????
sebab ade org yg jumpe/tgk gmbr kami berdua akan tanya/cakap..

sifulan 1: "Eh korang ni kembar ke???"
sifulan 2: " Eh, Muka korang sama la.."
sifulan 3: "yang ni kakak ko eyh?..." (erk..bile ms plak sy ade kakak?)

huhu~yang sesungguhnya kami mmg xde pertalian darah langsung.. hanya BFF.. jd sy tertanya2 kat mn diaorg tgk kami sama..tang mata dah sah2 x sama kan??hiks..
korang rasa???

p/s:kalu sy dgn adek pompuan sy, xde plak org kuarkan statement2 sifulan tuh..hiks