Keje giler!! Lepak kat MPH dari pukol 2pm lebey sampai kol 8malam!!
Bile berlaku?? 27.3.2010,Lepas balik keje kol 1 (da 2 minggu tp baru nak cerita sbb puting beliung rajin berhembus)
MPH mane?? MPH MidValley.
Aktiviti?? Khatamkan 1 novel, dr muka surat 1 smpai last page..hehe
Sebab?? Akan kebosanan mati kutu buntu akal fikiran kalu balik rumah. xde hiburan..huhu~
Jimat duet x yah beli novel 2, tp sakit2 la tengkuk, pinggang dan segala hehe..
Novel yang berjaya dikhatamkan??
BUKAN TAK SUDI
-Mimie Afinie-
- KarnaDya Solutions-
Image & Sedikit petikan dari http://mimie-afinie.blogspot.com/2010/02/bukan-tak-sudi_27.html
Sinopsis:
Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.
Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.
Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.
Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.
Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.
Ohh..cite ni amat best..mmg klakar mcm 2 novel mimie afine sblom ni..terkekeh2 la gelak. x hirau dah orang nak kate ape..hehe..biasenye sume novel mimie afinie ade dlm koleksi saya, tp sbb da x sbr nk baca cite ni, tp ujung bulan plak, bajet ciput, tu melekat kat MPH tuh..
And FYI... keje giler ni berulang lagi minggu lepas(3.4.2010)..hehehe..Tp kali ni xde la sampai malam, dlm pukul 6 lebey je,hehe..kali ni khatamkan novel ni plak
Petikan : http://adileah.blogdrive.com/
Perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?
Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!
Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?
Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.
Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?
Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.
Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?
Bencikah ini...?
Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.
Atau... cintakah itu?
Ohh..endingnye sungguh mengecewakan...:( x seperti yang diharapkan..cik suelaiey bajet nak sume novel epi ending la..hehe..tp jalan citenye,gaya penceritaan ok!bley gelak2 sorang2 kat MPH tu.. mesti kalu orang kat MPH tu tgk kate cik suelaiey ni da x betol..hehe
K la..tu je alkisah keje giler saya.
Tata.
p/s: menaip entri sambil run system bill generator ;)